Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Seminar Intervensi Gejala Sosial (part 2)

5:46 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Pukul 5 am, saya terbangun kerana mendengar alarm saya, tetapi saya sambung tidur saya. Kemudian pukul 5.30 am, saya dengan Anas terjaga mendengar alarm HP saya, tetapi Anas mandi dan saya sambung tidur saya. Selepas Anas habis mandi, saya mandi dan Aliff terjaga. Kami saling bertukar syif untuk mandi dan solat. Sesuai urutan, Anas, saya, Aliff dan Amirul. Tepat pukul 7 am, masa untuk sarapan di tingkat 17, tetapi kawan-kawan sebilik saya mahu keluar pukul 7.30 am, sebab mereka kata terlalu awal. Apa yang terjadi? Sampai di sana pukul 7.30 am, tempat penuh, tiada tempat, tempat kami yang semalam telah ditempah. Kesimpulannya, kami terpaksa berpusing-pusing mencari tempat hampir 5 minit.
Selesai sarapan pukul 8 am, masa untuk LDK akan bermula. Kami berempat bergerak ke bilik mesyuarat. Semasa LDK, kami berlapan berpecah menjadi tiga kumpulan, dengan masing-masing melakonkan watak berbeza untuk kumpulan masing-masing, seperti:

  • Kumpulan 1: Saya, Amirul dan Nizam menjadi polis
  • Kumpulan 2: Syed menjadi penagih dadah, Afiq menjadi pemuda, Zabri menjadi narrator
  • Kumpulan 3: Aliff menjadi polis dan Anas menjadi pelajar yang terjebak dengan ganja
Tepat pukul 10 am, semua peserta seminar bergerak ke Rumah Jagaan Nur Salam di kawasan Chow Kit. Kami semua di sana hingga pukul 12.00 pm. Sampai di hotel pukul 12.15 pm. Kemudian kami semua dibenarkan mengemas barang (bukan bilik tau...). Pukul 12.45 pm, kami berempat bergerak ke tingkat 17 untuk makan tengah hari, kerana pukul 2 pm, semua peserta dilepaskan. Malangnya, hujan turun sehingga ada di antara peserta yang terpaksa meredah hujan dan yang lain menanti reda.
Atas arahan (baca: paksaan) Zabri, kami berlapan meredah hujan untuk ke stesen monorel Chow Kit. Pada mulanya, rancangan Zabri untuk berjalan kaki ke stesen PWTC kami setujui, tetapi hujan menghalang kami untuk ke PWTC. Maka, kami semua bersetuju untuk menaiki monorel. Satu perkara yang kami semua rasa 'ada udang di sebalik batu', Syed sempat meminta gambar salah seorang peserta seminar dari Damansara, kemudian nombor telefonnya. belum sampai BTS, dia dah sms dengan perempuan itu. Akhirnya kami semua sampai di BTS pukul 3.15 pm, diiringi gerimis sehingga kami menadah gerimis untuk sampai ke rumah masing-masing.

Kesimpulannya, mari kita menari!!! Apa-apapun, Assalamualaikum, see ya!!!

Labels: