Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

I Have New Life

4:05 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Hello, Assalamualaikum, hahaha.....saya minta maaf sebab dah lama tak sentuh blogspot ini. Maklum, saya dah jadi pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, bukan calang-calang orang dapat kolej ini, biasalah, orang-orang seperti saya ini sahaja yang dapat, hahaha. Yalah, sebab saya memohon, maka saya dapat, kalau tak memohon, maka tak dapat la....sengal!!!
Apa-apapun, kehidupan baru bermula di sana, itulah pengalaman saya di asrama untuk kali pertama. Minggu pertama, saya dengan orientasi yang super sengal, plus menyakitkan hati. Bayangkan, saya (saya sahaja, tidak termasuk yang lain) terpaksa bangun pukul 4.30 pagi semata-mata untuk mandi pagi, kemudian kami semua akan turun beratur di bawah asrama pukul 5 pagi untuk beratur, kemudian gerak ke surau yang hanya di depan asrama lelaki sahaja. Itupun nak beratur, sengal!!!
Kemudian, solat subuh, tazkirah dan sarapan. Dijadualkan pukul 7.30 mesti ada di dataran untuk beratur, tetapi cuba anda bayangkan (ayat diplomasi), pelajar lelaki mesti beratur untuk membeli makanan di kafe selama 30 minit untuk.....602 orang pelajar lelaki!!!Sempat ke? saya hampir termuntah apabila saya terpaksa berlari dari kafe lelaki ke dataran sejauh 500 meter, selepas saya sarapan seminit sebelumnya. Hahahaha, sengal plus kejam kan?
Lepas beratur di dataran, kemudian ikut jadual. Seminar, minum pagi, interaksi dalam LDK, zohor, makan tengah hari, LDK, asar, riadah, makan malam, maghrib, tazkirah, isyak, seminar, tidur. Semua habis sekitar pukul 11.30, dan esoknya pukul 5 mesti ada di bawah asrama. Itulah yang saya lalui selama minggu pertama, kurang masa rehat, masa makan terganggu, dapat kawan-kawan baru dengan suasana baru.
Masuk minggu kedua, bermulalah pengajian saya di kolej tersebut. Saya mengambil aliran sains fizikal, dan saya sebagai ketua praktikum*, memang agak sukar untuk menjadi seorang ketua di tempat dan suasana yang kita tak pernah lalui. Berbeza dengan ketua tingkatan, ketua praktikum mesti berani mengorbankan masa, kredit dan wang untuk selalu menghubungi pensyarah dan rakan-rakan sepraktikum. Memang satu pengorbanan juga kan? Hahahahaha, apa-apaun, best tau, dapat 10% markah koko.
Selain itu, saya juga menjadi AJK surau yang memang saya idamkan. Setiap subuh, saya akan datang sebelum azan, begitu juga dengan maghrib dan isyak. Kecuali zohor dan asar, sebab kelas saya mesti pada salah satu masa tersebut. Saya juga ramai mendapat kawan baru, dari Kedah sampai ke Kelantan, kemudian ke Johor. tentang rakan sebilik, saya dengan seorang rakan saya ini (I think he is PAS) dari KL, sementara itu dua orang lainnya dari Negeri Sembilan. Belum lagi, rakan-rakan saya sepraktikum. Untuk lelaki sahaja, ada dari Perak, Selangor, KL, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sebelum ini, ada dari Negeri Sembilan, tetapi dia telah berpindah ke IIUM.
Tentang perempuan? Jangan tanya saya seawal ini, sebab saya masih baru dua minggu. Sabar dahulu ya, kepada yang masih bertanya kepada saya, bagai mana perepmpuan-perempuan di sana.
Apa-apapun, saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada kawan-kawan dan kenalan saya yang mendapat matrik, seperti Athirah dan Yazmeen ke KMM(khabarnya, Meen nak jadi cikgu la), fikri dan Kyra ke KMNS, Fareez dan Khadijah ke KMK, Hilmi, Jamil dan Aisyah ke KMP, best tu jauh-jauh kan. Nasib baik aku dapat dekat je.
Dan juga kepada semua yang akan melanjutkan pengajian ke asasi di IIUM dan sama waktu dengannya, saya ucapkan selamat maju jaya dan khas kepada warga RO1991 yang mendapat asasi IIUM, semoga kita dapat berjumpa, sebab my deepest desire is I want to meet all or some of RO1991 residents. Semoga.....
Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.


Perutusan daripada ketua praktikum F1P2 KMNS 2009-2010,
Muhammad 'Ariff Putra bin Ansaruddin Agus


*: for your information, total of student who registered as One Year Programme is 1951 students, 602 of all is male students. KMNS has 98 practicums or practical classes.

Labels: ,

1 komen:

Comment by Nik Lisa on May 23, 2009 at 7:34 AM

besa la orientasi.
mmg pnt pon.
waa. ketua praktikum! sile bersedia untuk berkrban. lalalal...

Post a Comment