Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Seminar Intervensi Gejala Sosial (part 1)

6:36 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, saya minta maaf sebab dah lama tak update blog ni, sebab I am so busy now. Sekarang, saya dah jadi penolong setiausaha BTS Youth Community, merangkap deejay radio 1991 FM. Memang sibuk juga nak dikata. Sekarang, saya nak berkongsi cerita dengan pembaca sekalian tentang satu seminar yang baru-baru ini saya pergi dengan ahli-ahli BTS Youth Community. Seminar ini diadakan di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur selama 2 hari.
Sabtu pukul 12.15 pm, saya dengan kawan-kawan saya, Nizam (presiden), Zabri, Syed (AJK Khas), Aliff, Amirul (AJK Biasa), Anas dan Afiq. Yang menjadi masalah apabila penasihat kami yang bernama Yogaraj (Yoga diharamkan!!!) ikut pergi mengiringi kami. Dahlah kami (me and Anas absolutely) tak selari dengannya, sentiasa cari pasal dengannya, sekali dia ikut sekali. Nasib baik dia hanya sebagai escort (kononnya...) kami. Kami semua menaiki Star LRT dari Tasik Selatan ke Titiwangsa, tukar aliran dari Titiwangsa ke Chow Kit, memakan masa hampir 1 jam. Sampai di depan hotel, azan Zohor berkumandang.
Mengikut jadual, pukul 1 pm dah boleh check-in ke bilik hotel, pukul 2 pm ada pecahkan ais (Ice-Breaking, sorry for who does not know what is it), tetapi sampai pukul 2.30 pm, belum ada apa-apa, kerana bilik kami semua belum dikemas bersih. Maka pihak penganjur mengambil keputusan untuk terus mengadakan sesi IB. Dahlah saya dengan yang lain tak solat lagi, kemudian majlis itu bermula dari pukul 2.30 pm sampai pukul 5 pm tanpa rehat untuk solat, maka saya 'memanas-manaskan' Nizam, Anas, Amirul dengan Aliff untuk mengambil keputusan, pergi keluar daripada sesi IB untuk solat.
Pukul 5 pm, majlis direhatkan untuk minum petang selama 10 minit. Lepas tu, disambung sesi IB dengan ceramah tentang gejala dadah oleh orang daripada NADA/AADK. Pukul 6.30 pm, kami semua dibenarkan memasuki bilik hotel. Rombongan kami mendapat 2 bilik hotel, ititu 723 dan 725. Maknanya satu bilik untuk 4 orang. Oleh sebab saya, Anas, Aliff dengan Amirul memakai baju kemeja pada hari itu, sedangkan yang lain memakai baju T, maka kami membahagi penghuni bilik mengikut baju.
Dalam bilik hotel kami yang bernombor 723, ada 2 buah katil berkembar, tetapi kecil. Saya dengan Anas tidur sekatil, sedangkan Amirul dengan Aliff tidur di katil lain. Masalah timbul apabila tuala kurang satu, sejadah tiada, air-cond tak sejuk. Maka, kami terpaksa menyalakan air-cond sewaktu meninggalkan bilik. Selepas kami semua solat Maghrib (untuk keterangan, saya dan Aliff solat di surau hotel di tingkat 6, kemudian kami berdua mencuri sejadah surau sebab tiada sejadah di bilik kami), kami bergerak di tingkat 17 untuk makan malam di tepi kolam renang (I think that it was so romantic when we brought our spouses at this dinner).
Pukul 8.30 pm, ceramah tentang dadah oleh bekas penagih dadah oleh pak cik Faizal b. Abdullah. Memang menarik, disulami dengan cerita sedih beliau yang digabung dengan soalan kelakar oleh peserta seminar tentang dadah. Pukul 10 pm, ceramah habis, kemudian pihak penganjur memberi taklimat untuk kunjungan esok ke Rumah Nur Salam dan Latihan Dalam Kumpulan. Untuk LDK, saya, Amirul dan Nizam diletakkan dalam Kumpulan 1 untuk melakonkan sketsa 'Belia Benci Dadah' bersama ahli-ahli lain. Ringkas cerita, kami dalam Kumpulan 1 membincangkan tentang sketsa ini sampai pukul 11.30 pm. Hati saya tidak menentu sebab, I WANT TO WATCHING BPL MATCH BETWEEN SUNDERLAND AND MAN UNITED!!! Kalau nak diikutkan, Star Sports tiada di hotel ini, tetapi ESPN ada pulak. It's okay, I can watch Final Score at 12 am later, dalam hati saya berkata demikian.
Pukul 12 am, saya dengan Amirul bergerak ke bilik, sementara Anas dan Aliff masih berlatih untuk sketsa. Pukul 12.15 am, mereka kembali ke bilik hotel. Ada gangguan, bilik nombor 721 yang dihuni oleh peserta perempuan dari mana entah, meminta kami berempat bertukar bilik dengan mereka. A weird demand!!! Pukul 2 am, Aliff dah tidur, pada masa itu bilik 721 membuat bising dengan peserta lelaki lainnya. Susah saya, Anas dengan Amirul nak tidur, maka kami berjaya tidur pada pukul 3 am. Selepas gangguan-gangguan yang kami terpaksa hadapi seperti di atas (plus our room had 5 mysterious calling from 2 am until 3 am), maka kami semua terlena sambil menanti hari esok.

Labels: