Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Rahsia Terpendam (Hidden Secret)-Beginning

5:12 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum semua, saya mahu sambung balik kisah memori saya ini. Tahun kedua, kami berdua ditempatkan di kelas yang sama. Entahlah, mungkin takdir, apa-apapun saya mesti bersikap baik di depan dia. But, from where her sister has known me? From her, exactly, but what was the purpose? Waktu kakak dia tanya kepada saya sewaktu nak balik sekolah, saya terkejut kerana darimana kakak dia tahu dan kenal saya


Kakak: Aimin, di mana *****? Nampak tak?
Saya: Tak tahu kak. Eh, akak dari mana kenal saya?
Kakak: (sambil berfikir memutar otak mencari jawapan) ooo, hurm, eh, itu, kan dari gambar itu.


Sampai kakak dia tahu dan kenal saya. Biarkan. Selain itu, saya masih ingat sampai pelajar asrama puteri (maybe majority) tahu yang saya dengan dia. Bagaimana hendak saya jelaskan kepada mereka yang tak tahu, yang hanya mendengar khabar angin itu? Dengan terpaksa, saya mendiamkan diri, menanti masa yang tepat untuk memberi tahu perkara sebenar.

Entahlah, saya ingat lagi waktu pertengahan tahun, saya mendapat nombor 1 di kelas, dengan matematik tertinggi di kelas dan dia gagal dalam subjek yang sama. Ayahnya meminta saya untuk mengajar anaknya, persoalannya untuk apa saya yang mengajar anaknya? Kenapa bukan cikgu matematik kami sahaja. Di depan kawan-kawan saya, saya berkata peluang nak dekat dengan calon mertua tetapi di dalam hati saya, hanya Allah yang tahu bahawa langkah saya untuk menjauhkan diri daripada dia semakin pupus. Itulah sebabnya, setiap saya mengajar dia matematik, saya selalu berkata kepada kawan-kawannya, ayah dia yang cakap untuk ajar, kalau tak, tak naklah saya ajar. Itu bukannya ayat berbau bangga, tetapi satu sindiran sebenarnya.

Perkara yang paling saya ingat di tahun kedua ini, ketika Aidil Fitri. Abaikan cerita kad raya yang masing-masing berbau from sweetheart to another sweetheart, tetapi bagaimana layanan dia dengan keluarganya, seperti kenapa hanya saya seorang yang dijemput. Kalau alasannya tiada nombor telefon kawan lelaki yang dia tahu selain saya, that's not true. Saya tahu yang dia ada nombor bekas kekasihnya semasa tahun 2005, dan bekas kekasihnya itu juga kawan sekelas kami berdua. Sebab saya sendirian lelaki, maklumlah saya senyap, tetapi ayahnya bertanya kepada saya, "Ni kenapa senyap je?" Dengan nada bangga, dia berkata, "Yah, ni yang bagi nasi waktu tu."***

Yang jelas, itulah salah satu daripada pengalaman menakutkan saya selama tahun kedua, walaupun bukan semuanya. Yang paling penting, inilah titik tolak kepada semua yang akan berlanjut selepas blog ini.




***: Kejadian nasi itu, sebenarnya kawan dia pernah berkata kepada dia, yang saya pandai memasak nasi padang. Sebab itulah dia meminta saya masakan tersebut, walaupun dia dipaksa oleh kawannya, dan saya juga dipaksa untuk memberikannya (walaupun saya ikhlas kerana Allah tidak menyukai seseorang itu tidak ikhlas dalam memberikan sesuatu).

Labels: ,