Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Rahsia Terpendam (Hidden Secret)-Climax

3:21 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, jom sambung cerita saya ini. Tahun ketiga, tingkatan empat. Saya berharap dan berdoa supaya dia diletakkan di bawah kelas saya, tetapi saya tidak mahu di bawah kelas dia. Itulah sebab apabila dia mendapat 4 Sc 1 dan saya pun, saya menolak untuk menukar kelas. Alasan yang saya selalu kata kepada kawan-kawan saya ada dua:

  • Dahulu pernah belajar biologi dengan kimia, takkan nak dilupakan pula pelajaran tersebut
  • Tak mahu renggang dengan dia
Bohonglah saya kalau saya kata tak mahu berpisah dengannya apabila anda baca di atas, tetapi sebenarnya saya tidak mahu berada lebih rendah daripadanya. That's all. Walaupun kawan-kawan baik saya ada di kelas 4 Sc 2, tetapi baik saya belajar kedua-dua subjek tersebut. Bukankah ilmu lebih penting daripada segalanya?

Saya ingat lagi, saya membuat permohonan ke sekolah teknik di KL dan Seremban, dan dia memohon di KL dan Melaka. Perbezaan di antara kami ialah dia tidak menghantar permohonan tersebut. Apabila saya mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Teknik KL, saya sms dia untuk kali terakhir bertanya apa pesanan terakhir dia untuk saya. Saya ingat lagi yang dia berkata dalam salah satu pesanannya, " jaga diri elok-elok, kalau jumpa girlfriend jaga dia elok-elok". Lain macam je bunyinya tu.

Banyak lagi sebenarnya, sama ada yang berbau serius atau gurauan sahaja. Tetapi, yang menjadi titik tolak sewaktu saya dilantik menjadi ketua salah satu badan khas, sementara dia menjadi penolong badan khas yang lain. Hello, ini bukannya pemerintahan sepasang sejoli, tetapi kami berlainan badan khas. Saya pernah meramalkan yang dia akan menjadi orang besar sewaktu tahun pertama saya mengenali dia, dan itulah alasan saya takkan melepaskannya. Kini, ramalan saya menjadi kenyataan, dan saya juga menjadi ketua walaupun bukan di dalam badan khas yang sama.

Akhir sekali, dan akhir kepada segalanya. Tunggu blog selanjutnya. Assalamualaikum, see ya!!! Sorry tahu, post sebelumnya lupa nak bagi salam.

Labels: ,