Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Rahsia Terpendam (Hidden Secret)-Ending

12:08 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, sebelumnya saya minta maaf kalau post hari ni agak moody, sebab saya ada mimpi yang tak tahu apa maksudnya. Terlebih dahulu, saya sambung cerita ini. Tahun keempat, tahun terakhir. Selepas tiga tahun kami berdua ditempatkan di kelas yang sama. Saya berasa, sebab inilah tahun terakhir saya, maka saya terpaksa lupakan dia dan tidak bercakap dengan dia.

Segalanya berjalan lancar apabila saya tidak bercakap dengan dia, alasan saya (dan ini memang alasan sebenar) kepada kawan-kawan saya ialah saya mahu mencuba untuk melupakannya. Memang berjaya, tetapi apabila hati saya tergerak untuk sms dia, bertanya khabar dia. Saya utarakan maksud saya kenapa berdiam diri dengannya. Her answer was so simple, "kalau itu yang awak nak, tak apa. saya tak apa-apa. peganglah janji awak dengan kawan awak, tak apa tu kalau itu yang terbaik."

Bagi saya, jawapannya seperti seorang wanita yang redha dengan ketentuan Ilahi. OMG, it was so funny, I can not believe it. Kelakar sungguh. Selain itu, apabila dia terpilih untuk skuad hoki sekolah, dan saya terpilih untuk badminton. Saya ingat lagi apabila kami berdua chatting di YM, saya pernah berkata yang saya akan datang melihat dia berlatih hoki di sekolah. Ayat itu hanya ayat 'berbuat baik di depannya', untuk apa saya mesti menyusahkan diri melihat dia berlatih. Dia bukannya adik saya pun, atau kakak saya.

Saya ingat lagi, satu petang saya datang ke sekolah untuk mengambil buku nota saya di kelas. Masa saya lalu di koridor kelas, dia nampak saya dan saya tak perasan dia ada di sana. Saya ikut memerhatikan skuad hoki berlatih. Apa yang dia fikirkan, saya datang untuk melihat dia berlatih. Saya ingat lagi ayat dia semasa nak bali, dia belanja saya air 100 Plus dengan berkata, "ni untuk awak, susah-susah je awak datang nak tengok saya latihan". Apa lagi, saya angguk je.

Selain itu, dia juga pernah memberi semangat ketika saya berlatih badminton. Ayatnya, "jangan nakal-nakal di tempat latihan. berlatih baik-baik". Huh, dia fikir saya kanak-kanak lagi ke?

Ada lagi!!! Sewaktu saya menjadi wakil sekolah untuk badminton, saya ambil cuti dua hari. Tidak ada satupun yang tahu saya ke mana, termasuk dia, kecuali beberapa kawan-kawan saya. Selepas balik sekolah, saya mencuba untuk menelefon dia, bertanya apa perkembangan di sekolah. Alasan saya untuk menelefon dia kerana saya telah mencuba untuk menelefon yang lain tetapi tak dapat. Sewaktu saya telefon, dia ada berkata "awak, semoga berjaya badmintonnya". Hah? Mana dia tahu?

Bagi saya, saya 'berhutang semangat' dengannya, maka pada saat dia menjadi wakil sekolah untuk hoki, saya juga turut memberi semangat. Secara tidak langsung, saya tidak ada 'hutang' lagi dengannya.

Puncak kepada rahsia ini, ketika 16 April 2008. Apabila saya dengan terpaksa 'meluahkan hati' kepadanya. Alasan saya, "dah lebih 3 tahun kita berkenalan, maka saya nak awak menjadi kekasih saya". Itu yang semua orang tahu, tetapi maksud di sebaliknya? Saya mahu mengetahui apa jawapannya, apakah dia memang ada hati dengan saya atau tak. Kalau ada, maka memang ini menjadi rumit, kerana saya memang tidak pernah menyukainya setulus hati. Tetapi apabila dia menjawab tidak, maka setidak-tidaknya saya tidak perlu untuk berlakon lagi. Tidak disangka, dia menghulur waktu dengan menjawab 'boleh tak saya jawab 2 hari lagi?" Jawablah, sekali dia menunda sampai lepas SPM. Hah, sabar aku ni!!!

Tetapi, saya mahu mengakhiri drama ini lebih awal. Maka, saya dengan sengaja mencari masalah dengannya, marah-marah dengannya. Namun dia masih sabar di saat saya dah hilang sabar. Saya kata mahu melupakannya, dia kata saya tak menepati janji. Pandai betul dia nak berpatah balik. Apabila saya tidak berjaya, saya sengaja mencari wanita lain untuk digosipkan dengan saya, malah dia boleh menjawab "biasa je tu, faham-faham jelah Aimin tu, dia kan memang seperti itu". Tak tahu lagi apa yang mesti saya lakukan untuk mengakhiri semuanya.

Pada suatu hari, saya berkenalan dengan pelajar asrama puteri, sama badan khas dengan saya dan sebaya dengan saya. Saya sebagai ketua, memang tak kenal dia sebelumnya, kerana dia pelajar baru. Elle (untuk membezakan perempuan ini dengan watak utama kita, saya memanggil dia Elle yang juga bermaksud 'dia') memang mengenali saya, kerana saya adalah pelajar terbaik matematik dan matematik tambahan (saya tak sombong dan riyak tau!!!). Elle minta tolong kepada saya untuk mengajar matematik tambahan selepas sekolah. Sejujurnya saya memang menolak, kerana saya tidak biasa mengajar perempuan, selain kelas saya dengan kelas Elle memang bersaing rapat sejak zaman azali. Tetapi saya terima pelawaan Elle, dengan alasan:

  • sebelumnya, kawan rapat saya sekali gus kawan sekelas saya telah mengajar Fizik kepadanya. maka, saya mahu tidak mahu mesti mengajarnya
  • peluang untuk 'menjual cerita' dan membuat dia cemburu
Selepas saya mendekati Elle, saya mencuba untuk mengenali hatinya. Saya berasa pada masa itu, saya memang telah 'fall in love' kepada Elle. Ringkasnya, kawan-kawan sekelas saya tahu yang saya memang menyukai Elle. Namun saya cuba berdalih dengan alasan saya hanya kawan baru Elle. Sebenarnya saya mahu melihat reaksi dia sahaja. Sampai pada masa saya belikan Elle makanan kegemarannya, saya berikan kepada Elle di depan-depan dia. Akhirnya dia cemburu juga. Apabila saya berkata akan belikan dia makanan kegemarannya, dia menjawab "orang kasih, saya terima. kalau tak nak, saya bagi kat dia(Elle)". Cemburu lah tu!!!

Apa yang saya harapkan akhirnya tidak kesampaian. Elle belum bersedia untuk saya lagi, dengan alasan bahawa kami berdua baru berkenalan rapat. Tak apa-apa, tujuan utama kan dia ni.

Penamat 2008, saya belanja dia minum selepas SPM. Tujuan saya, menantikan jawapannya, sekali dia tak bercakap tentang itu. Tak apa lagi, sampai nak balik pun dia tak jawab. Selepas saya selidik kenapa dia tak jawab, sebabnya dia cemburu kerana saya terlalu mementingkan Elle. Lawak-lawak-lawak, hanya itu sahaja sebabnya.

Sekarang, saya hanya menanti bila lidah saya ringan untuk memberitahu dia tentang perkara sebenar, yang telah saya huraikan di sini. Masalahnya satu sahaja, apabila dia akan marah besar, apalagi Seluruh keluarganya kenal saya. Mesti mereka akan mencari saya apabila terjadi sesuatu kepada dia. Itu sahaja masalahnya.

Apa-apapun, itulah rahsia terpendam saya selama hampir 1500 hari. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum, see ya!!!


p/s: Elle bermaksud dia(pr) dalam bahasa Perancis. Kepada Elle, saya mengucapkan tahniah kerana telah menemui pasangan yang baru. Walaupun mungkin saya tiada di hati anda, tetapi anda selalu berada di hatiku.

Labels: ,

2 komen:

Comment by eju on April 3, 2009 at 9:46 PM

fuhh pjg crite ko nih.. penat aku bace..
hahahahahah..
nway,aku rase.., mnurut crite ko ni.. what goes around, comes around...

Comment by LyNn also known as Liyana on April 5, 2009 at 10:51 PM

woohoo,finally abes gak...
all i can is...jengjengjeng..
xsangke,mule nye niat ko ngn elle begitu tapi at last ko yg fall for her.
funny.funny.
tap,i cnt help feeling,yg elle 2 npe msti mntak tlg ko?da xde gerl lain yg bleh tlg die? g***k
hahaha.
takes courage to speak about stuff like this.
semoga ko berjaya mengharungi hidup.
looking forward to cerita-cerita sterusnya

luvsss,
LiyanaLynn <3

Post a Comment