Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Mukaddimah 2

1:58 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, atok masih nak bercerita tentang keputusan SPM 2008. Bukannya atok riyak atau sombong, jauh daripada atok, atok mahu menyampaikan sesuatu iktibar pesanan. Sejarah atok mendapat A1 untuk SPM 2008, dan ini adalah salah satu kejutan untuk keputusan SPM atok. mengapa? Sebenarnya, untuk sejarahnya mata pelajaran sejarah, atok tidak pernah serius untuk belajar sejarah. Atok masih ingat, masa untuk belajar sejarah di sekolah hanya 3 jam-2 jam pada Isnin,pukul 1.05 petang dan 1 jam untuk sebelum rehat hari Rabu. Majoriti rakan kelas atok memang malas untuk belajar sejarah pada hari Isnin-termasuk atok sendiri, maka kami semua berpakat untuk balik secara berperingkat. Apabila cikgu memberi kelulusan untuk balik awal, maka kami gembira kerana dapat balik awal.

Sebenarnya, atok memang minat sejarah, akan tetapi kerana cikgu tersebut hanya memberi nota yang telah beliau taip sendiri, kemudian beliau akan menyuruh kami untuk menampal nota tersebut di buku nota sejarah kami. Hanya itu sahaja, dan kami bermalas-malas dengan sejarah. Ringkas cerita, markah sejarah kami pada pertengahan tahun hanya cukup makan. Sampai cikgu menasihati kami, mengadakan kelas tambahan semasa bulan Ramadan dan sebagainya.

Alhamdulillah, atok berjaya mendapat A2 semasa percubaan SPM. Ini kali pertama atok dapat A untuk sejarah dari 2007. Semasa SPM 2008, atok mendapat A1. Alhamdulillah, walaupun atok juga tak serius dan menumpukan perhatian semasa belajar, tetapi atok tetap menghargai apa yang telah beliau lakukan untuk kami semua. Pesanan atok, JANGAN PERNAH MELAWAN CIKGU ANDA, WALAUPUN ANDA TIDAK MENYUKAINYA. Renung-renungkan dan selamat beramal!!!

Labels:

1 komen:

Comment by MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) on March 12, 2009 at 9:20 PM

Salam... Jemput add & exchange link my blog : www.myadha.com

Post a Comment