Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Ich Liebe Dich, Aber Ich Kann Dich Nicht Lieben

9:12 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum.

Macam entry sebelum ini, memang weekend kali ini bosan. Menghadap assignment yang tak faham macam mana nak solve, nak tanya kawan sekolej pun dia tak tahu. Jangankan tak tah, nota pun tak ada! Okay, dua kali lima dengan saya. Kalaulah sekarang ni saya di KMNS, saya boleh je tanya roommate saya. Kalau tak faham, tanya bilik depan atau sebelah. Tak faham lagi, pergi tanya geng JPP. Oh rindunya berweekend dengan JPP Boyz.

Miss you all


Syukurlah petang tadi, seorang malaikat manusia mesej saya

Pukul berapa ada bus?

Okay, Amar ajak saya ke Kajang. Macam biasa, dengan Kimi. But last minute Kimi cancel sebab katanya tak sihat. Wallahu a'lam. So, kami berdua ke Kajang selepas Asar, dengan program makan dan shopping.

Oh ya, plan semalam saya, nak tengok bowling terpaksa dibatalkan sebab saya bangun lambat selepas sambung tidur pukul 10 pagi tadi. Dengan assignment kena submit Isnin ni, so saya kena study terlebih dahulu. To Amri, kalau kau baca entry aku ni, sorry sangat-sangat tak dapat nak support kau. Tapi tahniah la sebab dapat top 5!

Dekat Kajang, kami makan McDonalds. Rasa bosan juga sebab makan fast food tiap keluar dengan mereka. Tapi itu je pilihan yang ada, selain sate Kajang yang memang dah bosan. Saya sempat juga membeli DVD untuk menghilangkan rasa bosan. Tajuknya?

Anyone knows where did this movie release?

Tak pernah-pernah saya beli DVD untuk menghilangkan rasa bosan. Last, tahun lepas, saya beli SAW. Dan itupun saya juga masih bosan. Okay movie ni best, but ada juga part tak masuk akal. Yang pasti, saya suka watak Eizlan Yusof itu.

Next week dah masuk minggu ketujuh di UKM, means ada lagi 7 minggu untuk final exam. Tak sangka dah separuh perjalanan di semester 3 ini. Mood study kena dipercepat, kalau boleh makan dengan buku, tidur dengan buku, mandi dengan buku, online dengan buku.

Okay la, esok ialah Ahad. Semoga saya dapat menyelesaikan assignment untuk Isnin ini. Oh ya, sebelum itu, terima kasih kepada novelis Malaya sebab bagi kata-kata semangat malam ni. Sorry la aku kacau kau, buat malu je kalau aku menangis depan kau malam ni, ya kan? Masuk akal juga ayat kau malam ni, sama-sama ke depan dan apabila dia ke belakang kerana kisah silam, maka aku terpinga.

Wassalamualaikum.

p/s: anyone faham tak maksud tajuk entry kali ini? itu ialah bahasa Jerman, maksudnya saya cintakan awak, tapi saya tak dapat cintakan awak. sekali lagi tak ada kena mengena tajuk dengan entry


Labels: , ,