Maaf sebab entry ini mungkin menggangu minda anda yang segar kerana cukup waktu tidur, atau anda bukan seorang atau calon jurutera awam
Assalamualaikum, selamat kembali ke UKM kepada diri saya dan kepada semua kawan saya se-UKM-ians. Tidak lupa lupa kepada kawan-kawan sesarjana muda seperti saya yang telah kembali ke pangkuan universiti yang dirindui dikasihi. Sengaja saya tak mengupdate blog ini sampai berhabuk setebal 15 inci untuk mengadaptasikan diri ini dengan bilik UKM yang baru ini. Oh dan juga dengan laptop saya yang semakin bangang bermasalah ini juga.
Urm, secara ringkas, (hampir) dua minggu di UKM agak best. Okay mohon ralat, best. Banyak yang berubah, yang diubah, yang mengubah dan segala bagai yang berkait dengan ayat 'UBAH'. Di antaranya ialah:
- saya dah menjadi seorang senior kepada student tahun 1. nak bezakan student tahun 1 dengan senior mereka ialah 'see their matric card'. lagi satu tambahan, 'see their bag at back'. mereka semangat lagi nak show off pakai beg UKM baru dengan tayang kad baru mereka atas arahan.
|
ada sedikit ayat hamburan pujian di sini |
- time dapat bilik di UKM ni, rasa excited sangat sebab dapat bilik single! papa cakap, bilik ini macam bilik hotel je. selesa plus ada wifi yang sofistikated. maaf, bukan sofistikated tapi komplikated, sebab line ada tapi still slow. pffft~
|
sudut pertama dari meja belajar |
|
sudut kedua dari katil tidur |
- kalau bilik lama sem 1 menghadap surau di aras 4, now bilik baru ni menghadap parking blok but di aras 3. so terhibur juga dengan bunyi suara orang lalu lalang dengan bunyi kenderaan.
|
buka je tingkap bilik nampak laluan ke blok ini. baru perasan pula ada tersnap tulisan 'GOOD BYE' tu |
- sampai dekat fakulti, perkara pertama yang saya lakukan ialah cari poster PEMATRA. nak tengok muka timbalan exco penerbitan. lastly bukan buka saya yang ada, tapi muka orang lain jadi timbalan! where the sheet is my picture? la, saya naik pangkat jadi ketua exco ke?
- benda paling best ialah jumpa junior KMNS, then boleh la jadi senior yang baik kepada mereka (rujuk perkara nombor 1 di atas). ada juga yang jenis sengal ubi, ada juga yang jenis sengal ayam. yang pasti, tak ada yang jenis bangang lagi.
- sebab dah jumpa junior, so kena jadi senior yang baik. masalahnya macam mana nak jadi senior yang baik kalau junior pemalu, senior pun lagi pemalu?
|
let's start with hide and seek first |
- sebab saya ini senior yang pemalu, so kalau dapat junior perempuan, rasa macam gagap nak bercakap. apalagi kalau dapat junior yang lawa-lawa. terus tunduk kepala ini!
|
is it really? oh no!!! |
- kelas hari Selasa paling dibenci setakat ini. pukul 8 kena pergi FKAB, then ke ATMA pukul 10 pagi, then balik kolej, pukul 4 petang kelas 2 jam. nak balik jalan sesak pula, sampai kolej solat di surau then sampai dekat bilik terus tertidur sampai dengar azan Maghrib.
|
yang berwarna hitam itu kelas yang tak free. for your information, bukan semua kelas di tempat yang sama |
- bukan seorang dua, tapi lebih daripada 3 orang kawan course saya cakap, junior JKAS lebih lawa daripada senior mereka tahun 2. siapa senior mereka tahun 2? errr.....
- still thinking.......
Oh ya, saya masih ada hutang dengan yang setia dengan blog ini. Update tentang balik kampung! Kalau mampu, saya cuba update tentang balik kampung weekend ini. So entry untuk weekend ialah mengenai balik kampung, atau tak 10 hari di kampung. Whatever la...
Sudah azan Isyak, so saya nak ke surau. Sejak saya dapat bilik single ini, saya tak pernah miss solat Subuh berjemaah. Alhamdulillah, semangat baru. Okay semua, Assalamualaikum.
p/s: lagu Aleya nyanyian Zahid mengingatkan saya dengan dia, lagu Panah Asmara nyanyian Afgan mengingatkan saya dengan dia, lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif mengingatkan saya kepada dia
Labels:
luahan hati,
merepek,
pengalaman,
rahsia
0 komen:
Post a Comment