Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Tribute to KH Zainuddin MZ

1:40 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum. Maaf sebab jarang update blog ini, kerana pelbagai masalah. Namun entry khas hari ini, sempena berpulangnya salah seorang pejuang Islam yang lantang bersuara, disukai pihak lawan dan juga kawan. Beliau adalah KH. Zainuddin MZ, kelahiran Jakarta 2 Mac 1951. Sebab itu entry saya sebelumnya iaitu #6 Wordless Wednesday hanya meletakkan gambar dan keterangan mengenai beliau. Pasti ramai pembaca blog saya yang tidak mengenali beliau. Almost 99%, unless yang 1% itu adalah saya sendiri.

Beliau adalah salah seorang kawan guru papa saya, dan juga saya sempat berguru dengan beliau secara tidak langsung. Apa yang saya kagumi daripada beliau ialah cara beliau berdakwah dan berceramah kepada orang ramai, sehingga tidak hairanlah beliau dikatakan sebagai 'Kiyai Sejuta Umat' oleh kerana sambutan yang amat menggalakkan. Semasa saya kecil, inspirasi saya untuk bercakap di depan khalayak ramai adalah beliau. Salah satu ceramah yang saya minat ialah tabligh akbar beliau di salah satu kota besar di Indonesia pada bulan Ramadan tahun 2000, bertajuk 'Reformasi Besar'

Kelmarin, saya baru dapat tahu yang beliau telah berpulang ke rahmatullah. Sejujurnya saya amat terkilan kerana tak dapat bersua muka dengan beliau, bahkan papa saya berniat hendak berjumpa dengan beliau pada minggu hadapan. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Beliau diserang sakit jantung di kediamannya pada pukul 0915 waktu setempat (1015 waktu Malaysia).

Satu perkara yang amat sukar ditemui di sini ialah, walaupun beliau adalah orang kuat parti PBR di Indonesia (PBR adalah pecahan parti Islam PPP, salah sebuah parti Islam di Indonesia selain PAN, PKS, PKB dan sebagainya), namun beliau amat disayangi dan dihormati oleh orang parti Islam lainnya. Kalau diikutkan, bersatunya umat Islam tanpa mengenal warna kulit, rupa atau parti politik. Bahkan beliau menyemarakkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Indonesia sewaktu krisis melanda negara tersebut pada akhir tahun 1990-an dan awal tahun 2000-an. Seandainya di negara kita yang tercinta ini, ada pemimpin Islam yang disayangi oleh semua orang Islam di Malaysia tanpa mengenal parti politik, nescaya Islam akan menjadi lebih kuat.

Akhir sekali, saya sertakan salah satu ceramah beliau di salah satu masjid yang disiarkan oleh TV One, mengenai 'Wanita Pencari Cinta Ilahi'. Dalam maksudnya, bebas beliau membantai perkara yang batil tanpa disorokkan.



Sekian daripada saya, semoga Allah menempatkan beliau di tempat yang selayaknya diterima oleh para pejuang di jalanMu ya Allah. Amin.


p/s: sampai sekarang saya tak percaya mengenai kes yang disabitkan oleh beliau 2-3 tahun lepas, namun hanya Allah yang Maha Mengetahui







Labels: ,