Assalamualaikum, hari ini saya tak sebusy mana, so dapat la nak update blog ini. Semalam saya ke One Utama untuk uruskan program alumni KMNS yang tak pernah saya sentuh. Padahal saya pengarah program, agak kejam seh! Namun memang agak penat sampaikan saya tertidur di dalam bus RapidKL. Malamnya sempat juga online Facebook untuk ambil tahu perkembangan program walau agak hot dengan cik Survey tiba-tiba (nama dirahsiakan). Entry kali ini saya nak bercakap mengenai jodoh. Eh nak kahwin ke abang kacak? Bukanlah, cuma nak berkongsi sedikit ilmu ini.
Bercakap mengenai jodoh, Allah tetap tetapkan dalam surah Ar-Ruum ayat 21, jodoh adalah perkara yang menjadi lumrah kehidupan setiap insan. Then, jangan lawan fitrah tersebut. Jangan nak memandai hidup membujang even hidup berlimpahan wang di sekitar kita.
ala, susah la nak cari jodoh ni. dapat pun bukannya yang sesuai dengan kita
Firman Allah dalam surah An-Nuur ayat 26, perempuan baik adalah untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat. Dah termaktub di dalam Al-Quran, so jangan nak cari pasangan yang baik instead kita ni jahat keji rasa nak kena bang dush oleh orang lain. Introspeksi diri ini dahulu sebelum mencari pasangan yang baik, manakan dapat mencari berlian yang bermutu tinggi kalau si pencari berlian itu adalah seseorang yang tak faham mengenai berlian. Ya kan?
Good vs Evil |
kalau dah ditetapkan, kenapa nak susah-susah mencari lagi?
Itu dia masalah yang berlaku. Jodoh dah ditetapkan Allah, then kita tak payah mencari, just tunggu je the chosen one untuk kita. Manakan dapat sagu kalau tak dipecah ruyungnya, walaupun kita tahu ada sagu berkualiti baik di dalam ruyung. Itu namanya berserah kepada takdir tanpa adanya usaha untuk mencari di mana sagu berkualiti baik itu. Dan berserah kepada takdir tanpa sebarang usaha adalah bertentangan dengan hadis Nabi:
Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui orang yang akan menjadi penghuni syurga dan orang yang akan menjadi penghuni neraka? Rasulullah menjawab: Ya. Kemudian baginda ditanya lagi: Jadi untuk apa orang-orang harus beramal? Rasulullah menjawab: Setiap orang akan dimudahkan untuk melakukan apa yang telah menjadi takdirnya. (Riwayat Imran bin Husain) (Shahih Muslim No.4789)
Means, jalan sudah disediakan, tinggal kita sahaja yang akan berjalan yang telah disediakan untuk kita. Sama ada kita mahu meneruskan perjalanan melalui jalan itu atau tak.
Jalan sudah tersedia, anda yang memilihnya |
aku dah cari yang terbaik bagi aku, tapi dia bukan untuk aku, so macam mana tu?
Yeah, good question! First of all, kita kena kaji dahulu, apakah kita dah cukup baik bagi pasangan kita itu. Takkan species Weimaraner nak berkawan dengan species Maltase? Tak pasal-pasal kena ngap nanti. *kalau tak tahu Weimaraner dengan Maltase, sila google. malas nak mention di sini* Lepas kita kaji diri sendiri, kaji pasangan kita itu, apakah bersesuaian dengan kita. Kalau kita ni jenis pendiam, selalu ke surau, lisan tak lekang daripada berzikir mengingat Allah namun pasangan kita ni kaki shopping sakan, pakaian mendedahkan aurat, jangan salahkan Allah kalau kita tak dapat. Kecuali kalau pasangan kita seperti demikian, maka Allah sedang menunjukkan sesuatu kepada kita. Mungkin kita ditugaskan membawa pasangan kita ke jalan yang benar. Apa yang pasti, wallahu a'lam.
Akhir sekali, jangan permudahkan segala yang telah Allah syariatkan. Mungkin kalau diikutkan dalam usia saya yang baru menginjak 20-an, perkara jodoh adalah terlalu awal untuk dibincangkan. Namun bukan salah kalau kita bercakap mengenai sesuatu yang benar. Bukannkah Rasulullah pernah bersabda,
"Katakanlah yang benar, walaupun satu ayat"
so, saya telah menyampaikan sesuatu yang dapat saya kongsikan. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Ingat, jodoh adalah anugerah Allah, dan perbaiki diri kita sebelum kita mencari yang baik untuk diri kita. InsyaAllah bermanfaat untuk diri saya dan juga para pembaca yang lain. Dan pesanan kawan saya, Nor Atiqah:
We may love the wrong person, cry for the wrong person. But one thing is sure, mistake help us to find the right person.
Wassalamualaikum.
p/s: kurniakan daku serikandi penyejuk di mata penawar di hati, di dunia dialah penyeri di syurga menanti dia bidadari
Labels: luahan hati, pengalaman, sharing is caring, tazkirah
10 komen:
Cinta takkan datang kalau tak dicari,
Cinta takkan dapat kalau tak memberi
nice entry arif - wanhusna
Alif Yusof: setuju dengan kamu
wanhusna: thanks akak doncha
kalau cerita bab jodoh dan takdir ni..mmg sy suka baca :)
Nazihah@Jiha: amboi, suka nampak, kenapa suka ni, lain macam je :)
biasalah..org perempuankn hehe :)
abg arif nak kawiiinnn...XD
Nazihah@Jiha: hehehe :)
qudwa: LOL ni nasihat jela :D
yepp..entri yg sgt bgus...
yepp..entri yg sgt bgus...
Post a Comment