Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Rindukan KMNS

8:03 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum dan selamat hari-hari kepada para pembaca semua. Entry kali ini mengenai lawatan saya ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Ha, kepada yang tak tahu lagi, atau yang buat-buat tak tahu, atau yang nak tahu lagi sekali, saya adalah graduan KMNS tahun 2009/10, menamatkan pengajian dalam jurusan sains fizikal pada 15 April 2010. Whoa, ingat lagi tu! Terharu saya dibuatnya http://www.emocutez.com


So, saya bercadang untuk melawat kelab yang telah mengangkat nama saya sebagai salah seorang pemain terbaik pada mas aitu. Cewahh, berangan jadi pemain bola sepak la sangat, turun padang pun sebulan sekali. Oops, kantoi sudah, kena diam la nampaknya http://www.emocutez.com. Cadangan saya untuk kembali ke KMNS pada Jumaat, 11 Disember 2010. Namun sebab saya bertolak lambat, berkemungkinan para pensyarah dah kembali ke rumah masing-masing lepas solat Jumaat, maka saya batalkan. Kebetulan sekembalinya dari Alor Setar, saya free. Saya ajak Nuar hari Khamis atau Jumaat ni, namun Nuar minta dianjakkan lebih awal, iaitu hari Selasa dan mungkin bermalam di sana.

Kami pasang plan, tidur di rumah boss kami sewaktu jadi fasi, Mr. Syah, namun tak mendapat kelulusan. Then, try tanya HEP untuk tidur di KMNS, beliau cakap 'insyaAllah, awak datang jumpa saya nanti'. Akhirnya selepas mencapai kesepakatan, kami berdua bertolak dari rumah masing-masing, jumpa di dalam tren dan sampai di Seremban pukul 11.50. Bagi Nuar yang bertolak dari Tanjung Malim, hampir 3 jam juga di dalam tren. Sesampainya di Seremban, kami berdua layan nostalgia di Terminal 1. Karaoke http://www.emocutez.com!

1 jam juga kami karaoke, then tunggu bus ke Kuala Pilah. Pukul 2.40 sampai di Kuala Pilah, kami naik teksi pula ke KMNS. Dalam perjalanan, saya call Ustaz Hazrin, HEP KMNS yang menyatakan kami akan sampai ke tanah KMNS tercinta tak lama lagi. Sampai di KMNS, jumpa beliau, then kami dibenarkan tidur di blok B1. Lepas jumpa beliau, kami jumpa Mr. Syah. Sempat juga beliau ponteng kursus yang membosankan just nak jumpa kami, hehe. Thanks sir!

Pukul 5 petang, kami ambil kunci bilik, kami dapat bilik B1.2.13. Semasa kami sampai di KMNS, ada pelajar-pelajar yang sempat bermonolog namun kami dengar apa yang mereka katakan, seperti eh kenapa abang fasi datang lagi ke sini dan macam-macam la juga. Biasalah, trauma semasa Minggu Pendaftaran Pelajar Baru semasa saya menjadi fasi dahulu. Sampai di bilik, kami rehat seketika, Nuar boleh la jamak sebab jauh tu dari Tanjung Malim ke Kuala Pilah, saya pula tak. So saya solat Maghrib di surau sebab tak bawa sejadah, jumpa felo B4, Ustaz Fadzli. Sempat pula kami borak-borak seketika.

Malamnya, kami berdua diamanahkan Ustaz Hazrin berjumpa dengan JPP tahun ini. Kami bertukar pandangan dan pendapat, berkongsi masalah sebagai senior KMNS dan JPP. Menarik juga, semua JPP tahun ini datang ke bilik JPP jumpa kami, kami berdua rasa best sangat-sangat, dihargai oleh mereka. Ada di antara mereka yang sanggup stay sampai pukul 12 tengah malam sebab nak berkongsi masalah dengan kami berdua. Selepas berjumpa dengan mereka, kami berdua pulang ke bilik.

Esok pagi, kami kena serahkan kunci bilik ke penyelia blok, then sarapan roti telur Planta 2 keping di kafe D. Lepas gian la ni! Sebelum balik, kami berjumpa dengan Ustaz Hazrin, namun beliau ajak kami berdua minum di kafe A. Takut lambat sampai di Bangi (sebab saya ada urusan di Bangi pukul 2 petang), kami mohon diri dahulu namun kami sebenarnya nak jumpa dengan Mr. Syah sebelum balik. Semasa berjumpa dengan beliau, kami sempat berjumpa dan berbual mesra dengan para pensyarah lain yang pernah terlibat secara langsung atau tidak dengan JPP atau pelajaran saya. Niat untuk kembali awal ke Bangi saya tunda ke pukul 4 petang sebab berjumpa dengan para pensyarah KMNS adalah rasa yang tidak terhingga untuk dinilai. Saya rasa seperti dihargai segala usaha dan kerja saya, sama ada sebagai pelajar KMNS ataupun sebagai YDP KMNS tahun lepas. Benar-benar berbaloi walaupun saya masih merasakan kurang sempurna tugasan saya sebagai YDP tahun lepas.

Pukul 1, kami berdua beransur pulang ke rumah masing-masing. Naik teksi ke stesen bus Kuala Pilah, naik bus ke Seremban, kemudian solat di Terminal 1. Nuar sempat beli DVD baru, then kami makan tengah hari. Pukul 3.30 tren yang kami naiki bertolak, dan sebelum saya turun di Bangi, saya sempat borak-borak dengan Nuar, dan mula pasang plan untuk bulan depan.

Memang benar, semua perkara ada hikmahnya, dan Allah tak akan membebankan seseorang tidak mengikut kemampuannya. Semenjak saya mendapat jawatan YDP KMNS, perkara yang mula bermain di benak saya ialah mampukah saya menebus semula kesilapan saya semasa menjadi presiden PRS di sekolah lama saya. Sebab saya akui, saya tak begitu rapat dengan cikgu, sentiasa buat masalah di sekolah, sampai ada satu peristiwa yang seorang cikgu pengawas tak tahu siapa presiden PRS dan bertanya kepada saya siapa dia. Dan sekembalinya saya dari KMNS, saya bersyukur kepada Allah sebab usaha saya yang tidak seberapa di KMNS dahulu bersama rakan-rakan JPP saya telah ditebus balik, saya berjaya melakukannya semula dengan rekod yang baik, para pensyarah merindui saya, dan yang paling penting, usaha saya yang dahulu sampai dimalukan para pelajar KMNS sebab silap baca Rukun Negara, sampai ada yang tak kenal siapa YDP KMNS, telah dibalas Allah dengan satu martabat yang baik.

Maaf, mungkin entry ini seperti berbunyi megah dan sombong atas usaha lama saya, terutamanya kepada kawan-kawan KMNS saya, namun inilah luahan hati saya. Allah telah membalas balik apa yang saya lakukan.

Labels: , ,