Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Venus Williams and Bruno Mars

12:25 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /





LELAKI PERLU TAHU YANG PEREMPUAN

  • Sensitif: Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  • Cerewet: Bukan bermaksud banyak cakap tak tentu hala, kadang ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  • Halus: Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  • Ikhlas: Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  • Korban: Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  • Prihatin: Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  • Manja: Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  • Ego: Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  • Cinta: Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Cinta kedua adalah mahukan perubahan dan perbezaan dari cinta pertama dan mungkin cinta yang paling jujur tapi ada sedikit keraguan jika cinta pertamanya mengalami kegagalan atas sebab-sebab sendiri.

"Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH S.W.T dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA"

PEREMPUAN JUGA PERLU TAHU YANG LELAKI

  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat atau prihatin.
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama.
  • Ada segelintir lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap ”Emm, tengoklah dulu”, itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap straight to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain, terutama lelaki yang pernah menyukainya atau ada perasaan lain.
  • Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Hanya dengan kesabaran sahaja yang dapat atasi semua sikap dan kerenah perempuan kadang-kala. Tapi ingatlah, janganlah selalu menguji kesabaran manusia, kerana ianya mempunyai batasan tersendiri. Jagalah demi kebaikan bersama.
  • Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari, maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tahu lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  • Ramai lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata adalah senjata perempuan. Sekuat mana lelaki itu, segagah mana lelaki itu, semacho mana lelaki itu, ianya akan menitiskan air matanya hanya dengan seorang perempuan yang dicintai.

Labels:

3 komen:

Comment by h.a.m.k.a on November 7, 2010 at 1:25 AM

ape kene dengan bruno mars..
tp lagu nothing on you bes weh..

Comment by 'Ariff Ansaruddin on November 7, 2010 at 8:33 AM

nate on you la
mula-mula, aku nak tulis 'Venus and Mars'
tapi tiba-tiba terbayang lak, Venus Williams dengan Bruno Mars

Comment by Nik Lisa on November 14, 2010 at 4:48 AM

nice info!

Post a Comment