Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Makan, Jangan Tak Makan!

7:02 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum dan selamat hari-hari. Dah lama tak mulakan satu post yang indah ditaip oleh sang pujangga ini dengan ucapan salam keberkatan kepada semua pembaca setia blog saya. Dan kini, Alhamdulillah rakan-rakan setia yang mengikuti blog saya ini telah bertambah. Terakhir, Princess Log (Nur Diyana Shamsir Amir) menjadi followers ke-57. Saya pun tak tahu apa identiti yang menarik mereka untuk selalu mengikuti blog saya, namun sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan. Tidak lupa pula kepada mereka yang selalu berjalan-jalan di blog ini.


Saya nak kongsi kisah saya malam tadi. Sewaktu saya baru habis solat Maghrib di bilik, Aus kawan sekelas saya Skype (add saya ye, di ariff.map). Dia ajak saya untuk makan di BBB Tomyam, Seksyen 1 Bandar Baru Bangi. Dia kata, tomyam di sana best dan sedap. So saya pun ikut jela, dah ada yang mahu ajak saya makan di luar kolej. For your information, masakan di kafe kolej saya amat 'superb', sampai majoriti penghuni kolej saya rela makan di luar. Includes me. Bukan sekali, namun berkali-kali saya makan di Bandar Baru Bangi Seksyen 1 dan 15, Pusanika UKM serta Kajang.

Sambung kisah, Saya dan Aus pun naik motor kesayangan dia. Aus cakap, itu girlfriend dia. Memang monyol punya budak! Cuaca malam kebetulan sejuk pula tadi, sebab petang tadi hujan agak lebat. Kami berdua pun selsema dan batuk-batuk la juga. Sesampainya di BBB Tomyam, saya pesan nasi goreng ayam dan minum milo air serta air suam, dan kuetiaw goreng untuk Azie. Aus pula pesan nasi goreng padprik dan air suam. Makan, then kami pun balik. Sebelum balik, Aus singgah di Petronas untuk isi minyak dan Guardian untuk beli ubat (dia kata ubat kuat...).

Apa yang sebenarnya saya nak ceritakan? Sebenarnya, saya dah menghabiskan hampir RM25 untuk makan sahaja pada hari ini! Untuk pagi tadi, saya pesan Kebab Keju dan Kebab biasa untuk Azie di FKAB, then makan roti canai 2 keping serta bungkus Maggi goreng. Jumlah semua RM 13.30. Then di Pusanika, saya makan Maggi goreng itu serta pesan lagi sepinggan Maggi goreng. Sambil tunggu yang lain solat Zohor, saya makan Kebab Pusanika dengan Toha. Jumlah untuk tengah hari, RM5. Malamnya, saya makan RM6. Kalian kira la sendiri jumlah sebenar.

Saya pun tak tahu, kenapa saya makan banyak semenjak minggu lepas. Minggu lepas, saya dengan Azie, Yati dan Kimi makan di Sate Kajang Hj. Samuri. Jumlah semua RM60.60! Saya makan nasi goreng ayam (RM 4.50), Milo ais (RM 1.80), air suam (20 sen) dan ditambah dengan sate ayam, daging dan perut yang berjumlah lima cucuk masing-masing (RM9). So, saya hanya makan RM15.50 plus cukai 5%. Dah jadi gila makan la saya ni!

Sebelum itu, saya dengan Kimi keluar makan selepas exam TITAS. Saya makan RM12. Malam sebelumnya, saya makan roti naan dengan nasi goreng ayam di tengah malam. Beberapa hari sebelum saya balik rumah, saya makan 2 burger daging spesial plus keju di waktu malam. Saya pun tak tahu, kenapa tebiat lama saya kembali. Last saya makan banyak macam ini, waktu nak SPM.

Mungkin sahaja, saya makan banyak sebab nak exam. Tekanan, biasalah. Namun komen kawan-kawan saya yang best saya dengar, 'kau ni makan banyak tapi kenapa berat kau maintain?' Ha, senang je rahsianya. Makan sewaktu dah mula lapar, then selalu ringankan kaki untuk berjalan jauh. Saya pun berjalan sejauh 7km hanya untuk makan tengah hari. So, energy saya untuk exercise yang saya lakukan itu digantikan dengan makan banyak yang saya lakukan. Berbaloi kan?

Itu sahaja yang saya nak kisahkan. Dah tension nak buat MATLAB, esok pula ada presentation ni. Huhu. Okay, wassalamualaikum dan selamat tidur!



p/s: tak nak la macam Aus ni :p

Labels: ,

4 komen:

Comment by azie esa on November 8, 2010 at 8:07 AM

arep ko mmg byk mkn!! xpe, mkn slagi bley mkn..hwa3..

Comment by 'Ariff Ansaruddin on November 8, 2010 at 8:46 AM

aku bunuh juga la kau ni, hahaha
okay la, tu namanya mensyukuri rahmat Allah

Comment by hakim darus on November 8, 2010 at 8:49 PM

giler r..nie idop ntok mkn nie..

ak sehari mkn sekali je..

nc putih,kuah kari,ngn telur mata..

mnum teh ais..

sempoi x????

Comment by 'Ariff Ansaruddin on November 8, 2010 at 11:41 PM

tu kau
aku dengan nuar time matrik lain
hahaha :D

Post a Comment