Malaysia telah membanggakan Asia umumnya dan warga Malaysia khususnya. Walaupun diundi dalam kumpulan G bersama dengan Cote d'Ivore, Portugal dan juara lima kali, Brazil, namun tidak melunturkan semangat Harimau Muda. Malaysia yang menggantikan Korea Utara pada minit-minit akhir untuk Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sudah bersedia mengaum di bumi Afrika.
Perlawanan pertama, Malaysia bertemu Brazil, pentas di mana menguji stamina pemain-pemain kita. Namun, kem Malaysia tersentak apabila hantaran Maicon berjaya dikuis Ronaldinho tepat di depan Syed Adney pada minit ke-11. Namun Khyril Muhaimin segera menyamakan kedudukan selepas menerima hantaran Bunyamin Omar sebelum rehat. Perlawanan berkesudahan seri 1-1, satu keputusan yang membanggakan.
Perlawanan kedua, bertemu Portugal yang telah membenam Cote d'Ivore 3-0. Malaysia berjaya mengejutkan skuad yang diketuai pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo 2-0, hasil kedua-dua jaringan penyerang muda, Zaquan Adha pada setiap separuh masa. Dan perlawanan terakhir peringkat kumpulan, bertemu Cote d'Ivore yang berada di tempat tercorot tanpa mengutip sebarang mata. Lagi sekali, skuad negara membelasah Cote d'Ivore 4-1 hasil jaringan Amirul Hadi Zainal (2) dan Zaquan Adha (2). Gol saguhati dijaringkan pemain Arsenal (baca: Arsengal), Emmanuel Eboue.
Kemenagan tersebut melayakkan Malaysia ke peringkat 16 besar, mengiringi Brazil yang mencatatkan kemenangan tipis 1-0 kepada Portugal. Menanti di peringkat tersebut, pasukan Chile.
Pada perlawanan tersebut, skuad negara dikejutkan dengan jaringan pendahuluan Valvidia pada minit ke-31. Namun Malaysia segera menjaringkan dua gol dalam 7 minit hasil jaringan Zaquan Adha (min.36) dan Amirul Hadi Zainal (min.43). Malaysia menang tipis 2-1 dan berjaya melangkah ke suku akhir bertemu Slovakia.
Perlawanan dengan Slovakia yang diketuai oleh pemain tengah kelab Napoli di Italy, Marek Hamsik adalah perlawanan 'mencabar adrenalin' di mana satu perlawanan tersengit dalam Piala Dunia 2010 yang berkesudahan Malaysia menang tipis 5-4 pada masa tambahan. Sebelum itu, Filip Holosko menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit 34, sebelum Safee Sali menyamakan kedudukan pada minit 39. Kesilapan Aidil Zafuan diambil sepenuhnya oleh Holosko apabila menjaringkan gol kedua pada minit 59. Sabre Mat Abu menyamakan kedudukan selang 5 minit kemudian. Holosko menjaringkan hatrik pada minit 73, sebelum Safee Sali kembali menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke 77. Perlawanan disambung ke masa tambahan. Kedua-dua pasukan saling mengasak, dan asakan Slovakia berbuah hasil apabila Stanislav Sestak menjaringkan gol pada 8 minit sebelum perlawanan ditamatkan. Malaysia yang berusaha mencari gol yang mengheret kepada penentuan sepakan penalti. Dan satu titik kebangkitan berjaya diciptakan oleh Malaysia. Sepakan Zaquan Adha pada minit ke 120 yang tidak berjaya ditampan kemas oleh penjaga gol, berjaya ditanduk kembali oleh Zaquan Adha sehingga menggamit kegembiraan penyokong di stadium. Masa tambahan selama tiga minit tidak disia-siakan oleh Safee Sali yang menjaringkan gol ketiganya-gol kelima skuad negara apabila Zaquan Adha merebut bola daripada Holosko dan memberikan kepadas Safee Sali untuk dibawa secara solo dan merembat dari luar kotak penalti. Malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir dan dijadualkan menentang Jerman yang menewaskan Argentina 1-0.
Di peringkat separuh akhir, Zaquan Adha berjaya membuktikan ketajaman beliau apabila menjaringkan hatrik untuk membenam pasukan Jerman, termasuk dua sepakan penalti pada minit 47 dan 69. Satu lagi gol dijaringkan pada minit 58, sebelum beliau dikeluarkan pada minit 87 dan digantikan dengan Safee Sali.
Perlawanan akhir mempertemukan dua pasukan yang tidak pernah melangkah ke peringkat suku akhir sebelum ini-Malaysia dan Nigeria. Nigeria yang menewaskan Sepanyol dengan jaringan yang sama ketika Malaysia membelasah Jerman, dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai piala di bumi Afrika. Ditambah dengan sokongan padu rakyat Afrika yang berharap piala pada tahun ini dimenangi oleh pasukan dari Afrika, semangat pemain Malaysia seakan tidak luntur untuk mencabar pasukan Nigeria.
Malaysia mula mengasak Nigeria menerusi percubaan Zaquan Adha, tapi berjaya ditepis Victor Enyeama, penjaga gol Nigeria. Di sebalik asakan Malaysia, kapten pasukan Malaysia, Sabre Mat Abu dilayangkan kad kuning pada minit ke 12-satu-satunya kad yang dilayangkan kepada skuad negara. Usaha Malaysia mengasak Nigeria membuahkan hasil apabila Zaquan Adha menjaringkan gol pada minit ke 14. Nigeria kembali mengasak Malaysia namun ketangkasan Syed Adney berjaya mematahkan segala percubaan Kalu Uche, John Obi Mikel dan Obi Martins. Zaquan Adha kembali menjaringkan gol pada minit ke 32.
Separuh kedua berjalan dengan rancak apabila kedua-dua pasukan sama-sama mengasak, namun tuah Malaysia nampak di Afrika apabila pemain pertahanan V. Thirumungam menjaringkan gol pada minit ke 84. Keputusan 3-0 kekal hingga wisel penamat, dan Malaysia mencipta sejarah emas apabila menjulang piala di Afrika Selatan.
p/s: saya tak tahu nak post apa, saya rasa ini lebih baik daripada promote Nepal sampai mati, ya kan? apa-apapun, semoga khayalan ini menjadi kenyataan amin. Labels: merepek, sharing is caring
2 komen:
apakah? haha. =P
aminnn
Post a Comment