Suatu pagi di Jakarta...
Alarm berbunyi pukul 4.45 pagi, bangun tidur, mandi, kemudian solat sunat Tahajud di rumah sementara menunggu azan Subuh. Tepat pukul 5.20 pagi, azan Subuh berkumandang di surau depan rumah dan masjid belakang rumah. Alhamdulillah azan dapat didengari di sekitar rumah di Jakarta.
Berjalan kaki menuju masjid, solat sunat Qobliyyah Subuh. Iqamat. Menandakan solat Subuh berjemaah. Dan saya pun mulakan niat, takbir, doa iftitah. Segalanya normal, sehingga ruku'...
Allahu Akbar....Subhana robbiyal 'azhimi wa bihamdih, Subhana .....
Sami Allahu liman hamidah. Imam bangun dari ruku'. Hati ini masih boleh bersabar.
Allahu Akbar....Subhana robbiyal a'la wa bihamdih, Subhana .....
Allahu Akbar. Imam bangun dari sujud. Hati ini mula mengumpat. Kena percepat bacaan solat. Tapi kalau dipercepat, hilanglah penghayatan bacaan solat itu sendiri.
Rakaat kedua. Imam baca Al-Fatihah dan surah lazim. Makmum mengaminkan. Imam ruku'. Dan scene di rakaat pertama kembali terjadi - imam ruku' tidak sampai 2 saat, dan makmum terpaksa mengikuti.
Soalan di minda ini, adakah solat secepat kilat ini diterima Allah? Ataukah ada bacaan solat yang lebih ekspress yang boleh diamalkan dalam solat?
No. No. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Jakarta. Perkara ini berlaku di mana sahaja, di sekitar kita. Solat kilat. Ya begitulah istilah saya.
Dalam hal ini terdapat satu riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melihat seorang lelaki tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk-matuk dalam sujudnya, sedangkan dia sedang bersolat. Maka berkatalah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
Sekiranya orang ini mati dalam keadaan begini, matilah dia di luar agama Muhammad.
Kemudian Nabi SAW berkata:
Perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam sujudnya, adalah seumpama orang lapar memakan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkan (tiada memberi faedah apa-apa baginya).”
[Hadis riwayat Abu Ya’la dengan sanad hasan, Khuzaimah dan Tabarani dari Abu Abdullah Al Asy’ary]
Nah? Eh? Puas tak makan sesuap dua suap nasi je? Lepas dahaga tak minum seteguk je? Macam tu la solat kita kalau kita nak laju-laju. Nak kejar apa sebenarnya kalau buat solat laju ni? Takut drama kegemaran dah mula? Taknak terlepas game bola? Nak sambung online game dengan member? Mana lebih penting, seruan pelakon drama, tiupan wisel referee atau panggilan Sang Maha Pencipta? Kalau mati dalam keadaan seperti itu, Rasulullah sendiri berkata bahawa matinya bukan dalam agama Nabi Muhammad SAW. Apa dia agama baginda, kalau bukan Islam?
Hurm cukup sampai di sini sahaja, lain waktu saya sambung borak kita. Hari Jumaat ni, perbanyak selawat dalm salam kepada baginda Rasulullah SAW. Baca surah AL-Kahfi pun lagi baik. InsyaAllah Amin.
0 komen:
Post a Comment