Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Salam Maal Hijrah 1433

12:54 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)


Just arrived from UKM. Really tired after handle Freshman Camp. Later will post about it. Okay thanks

Labels:

Entry Bongkak!!!

8:19 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum. Entry kali ini, saya copy paste dari artikel yang jjuga dimuatkan di dalam edisi Selangor untuk Sinar Harian pada 6 April 2011. Namun untuk kali ini, saya memetik artikel ini daripada http://esq-news.com/jejak-langkah/2011/04/04/ary-ginanjar-terima-penghargaan-di-malaysia.html. Jangan risau, seratus peratus isinya sama koq.

Ary Ginanjar Terima Penghargaan di Malaysia


Pendiri ESQ Training, Dr. HC Ary Ginanjar Agustian menerima penghargaan atas sumbangsihnya dalam pembangunan karakter masyarakat Malaysia. Acara yang digelar di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur, Ahad (03/04) itu dihadiri sekitar 850 orang yang sebagian besar adalah tokoh dari berbagai kalangan baik dari pemerintah, akademisi, pebisnis, politisi,dan lainnya. Penghargaan diberikan oleh Menteri Pertanian Malaysia, YB Datuk Seri Noh Haji Omar.

Ary Ginanjar menerima penghargaan dari PIKUM yaitu persatuan seni bela diri Kalam Utama, yang merupakan organisasi bela diri terbesar di Malaysia. Anugerah Darjat Khalifah Kalam yang diterima Ary Ginanjar merupakan darjat tertinggi diberikan oleh PIKUM kepada tokoh-tokoh yang berjasa kepada masyarakat. Penerima anugerah penghargaan yang baru pertama kali diadakan PIKUM ini di antaranya: Datuk Haji Ahmad Maslan (wakil Menteri Perdana Menteri merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia), Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia, Datuk Dr Hussamuddin Hj Yaacob yang merupa­kan Ketua Persaudaraan Serumpun Indonesia Malaysia (PSIM) ESQ dan Datuk Dr Fadzilah Kamsah, Pakar Motivasi terkenal Malaysia.

Ary Ginanjar merupakan satu-satunya penerima panghargaan dari luar Malaysia. Menurut Datuk Abdul Rahim Hassan, Presiden PIKUM yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, “Pemilihan Dr. Ary sebagai satu-satunya penerima yang didatangkan khusus dari luar negeri berkaitan dengan prestasinya yang telah membangun karakter lebih 1 juta orang yang bukan saja di Indonesia bahkan di seluruh dunia. Di Malaysia saja, kami menghargai usaha Dr. Ary sehingga hampir 78 ribu peserta serta 4000 perusahaan telah mengikuti latihan ini dalam usaha melakukan transformasi diri ke arah pembentukan karakter yang unggul. Sumbangan dan jasanya yang besar sangat dihargai dalam melahirkan generasi yang unggul.”

Salah satu dewan penasihat PIKUM, Engku Ansaruddin Agus menyatakan bahwa penghargaan tersebut diberikan atas kesamaan visi organisasinya dan ESQ dalam pembangunan karakter masyarakat Malaysia. Selain itu, menurut Engku Ansaruddin, rakyat Malaysia kini telah memahami dan merasakan manfaat ESQ.

Hal senada juga disampaikan Prof. (DR) Zahalan Man - Guru Besar bela diri Kalam Malaysia yang juga telah mengikuti training ESQ. Ia mengatakan bahwa ESQ dan PIKUM memiliki kesamaan yaitu dalam hal pembentukan jati diri. Prof Zahalan merasakan sekali manfaat training ESQ bagi meningkatkan kualitas SDM para pengurus PIKUM. Ke depan terbuka kesempatan untuk melakukan kerjasama dengan menjadikan ESQ sebagai bagian dari modul PIKUM yang kini beranggotakan lebih dari 50.000 warga Malaysia.

Ary Ginanjar Agustian menyatakan rasa syukurnya pada Allah dan juga berterima kasih pada rakyat Malaysia atas dukungannya terhadap ESQ dalam hal pembangunan karakter. “Ini menunjukkan bahwa peran ESQ telah mendapat pengakuan dari Malaysia,” tuturnya. Ary Ginanjar berharap, ESQ dapat menjadi wadah yang baik bagi hubungan Indonesia-Malaysia.

Di sebelah kiri itu, nampaklah betapa segak bergaya dengan perwatakan tenang beliau


Itu sahaja yang dapat saya postkan untuk kali ini. Maklum bulan ini bulan nak exam saya di UKM. Nanti saya cerita tentang lebih lanjut. Wassalamualaikum

Labels: ,

How A Beautiful Respect

9:37 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

I don't want to call the people 'kau', because it is too insolent than 'awak'. But the people want me to be called like that, because they don't appreciate how respect to each other-Aristotle

Labels:

Satu Malam di Bulan Julai

10:27 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (1)

Assalamualaikum, selamat pagi dan selamat Julai kepada semua bloggers tercinta. Mengantuk la masa saya taip blog ni, sebab dah pukul 1.25 pagi, tapi saya diberi lesen untuk tak off lappy, sebab nak check PTPTN. Haha, bestnya :D. Sambil check mangkuk hayun tu, terus la buat aktiviti wajib depan laptop...



yeah, facebooking at midnight!!!


Sebenarnya, saya dah belajar satu benda best, snipping shot. Fareez ajar saya tadi, so saya terus buat ujikaji menggunakannya. Dan mangsa pertama yang saya nak tonjolkan...



Ada satu soalan best (sebenarnya dua, tapi diulang) yang ditanya Farahwahida,



haha, saya pun tak tahu kenapa saya jawab DIN B4 tu, tapi memang pun kot, hehe. So, sesiapa ada tak facebook DIN B4 ni? Jeng jeng jeng...

Tapi satu soalan cepumas terbaru, daripada hamba Allah,



saya jawab macam tu je, dah tak tahu nak jawab bagaimana. Takkan saya nak jawab 'sangat sangat suka sampai menjilat jari' kan? Saya pun normal, still di persimpangan dilema lagi, sampai sekarang.

Sambil-sambil update ni, saya sempat juga curi dengar lagu baru 6ixth Sense yang terbaru di Youtube



Hurm, nak tulis dan cerita apa lagi ya? Entahlah, yang jelas, doakan saya berjaya esok pagi, untuk .................. Okay?

Wassalam, Majulah Sukan Untuk Negara!!!

Labels: ,

Ni Report Pertama Saya.....

10:29 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (1)

BIRO: KESELAMATAN
TARIKH: 14 JUN 2010
PERKARA:
1. Semua AJK Keselamatan berkumpul di pondok pengawal seawal pukul 8 pagi untuk mendengar taklimat daripada Encik Ruzi’
2. Menjaga di beberapa tempat seperti simpang blok A, bulatan Senaling, simpang kluster C dan blok C5
PERMASALAHAN:
1. Terdapat beberapa ibu bapa yang meletakkan kenderaan di bahu kiri dan kana jalan secara serentak, sehingga menyebabkan kesesakan trafik bermula di simpang kluster C sehingga kawasan C5
2. Kereta BMW yang diletakkan di depan foyer tidak menepati arahan yang ditetapkan, sampai pemandu masih mengabaikan arahan daripada pihak polis yang meminta supaya berpindah
3. Kereta bernombor JEP xxxx berkelajuan melebihi 20km/jam dari arah bulatan Senaling ke C5 yang hampir melanggar salah seorang fasi
4. Kekurangan fasi di kawasan C5 menyebabkan ada pertembungan kereta dua hala yang hendak keluar daripada C5 dan masuk ke C5
CARA MENGATASI:
1. Menelefon encik Ruzi untuk bertanyakan mengenai masalah tempak letak kereta
2. Meminta bantuan fasi-fasi yang bebas duti untuk menolong fasi-fasi di kawasan C5, termasuk AJK Asrama C5
CADANGAN:
1. Memastikan beberapa kon telah diletakkan di salah satu bahu jalan sebelum ibu bapa tiba, untuk memastikan tiada kesesakan trafik
2. Memastikan lebih ramai fasi diletakkan di kawasan C5 dan sekitarnya untuk mengelakkan kesesakan trafik

Labels: , ,

From Tanjung Malim To Kuala Pilah With Hope

10:29 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (0)

Assalamualaikum. Hari ini saya dah mula bertugas di KMNS sebagai fasi. Rasa tak sabar pun ada juga untuk berjumpa dengan rakan-rakan dan matrik tercinta, haha. Pagi-pagi dah kena bangun awal walau tidur lambat, subuh, mandi, sarapan. Saya makan mihun dan nuar makan roti sardin (tak suka sangat la...). Sampai di stesen tanjung malim, tren bertolak pukul 0950. Lama juga la kami nak tunggu, dahlah dalam koc tu sejuk sampai kami terlena. Saya yang sedang mesej dengan alyn pun boleh tertidur seketika. Nasib baik je alyn consider dengan kemengantukan saya ini, hehe.

Dari tanjung malim, kuala kubu bharu, rasa, batang kali, serendah dan rawang. Di rawang, kami tukar tren untuk ke seremban. Baru pukul 10.45 rupanya. Ini dah lambat! Ada 22 stesen lagi untuk sampai ke seremban. Padahal check-in pukul 1200. Harap-harap big boss tak marah kami la.

Pukul 1110, kawan saya, naj mesej. Dia nak gerak sama dengan kami. Yes, ada geng datang lambat la ni. Tapi baru pukul 1130 dan tren baru melepasi 13 stesen. Takpe, kalau dah lambat tu, baik terus datang lambat. Macam kata nuar, haha.

Di KL sentral, orang ramai naik. Maknanya, makin lambat la kelajuan tren ini. Belum lagi midvalley, tasik selatan (my hometown!!), kajang, nilai.

Sedang duduk santai dalam tren, tiba-tiba saya terserempak dengan syuhada, biro akademik. Dia pun sama tren dengan kami, tapi lain koc la. Lagi satu bertambah geng datang lambat! Haha..

1245, kami telah sampai di stesen seremban. Plan berikutnya, terminal one. Saya nak beli sabun muka, cotton bud dengan perfume. Lelaki maskulin la katakan (nak tumpang lalu, puji diri sendiri, haha...). Tidak lupa pula, big mac kat McD. Kalau sempat la. Kalau tak, berlaparlah perut ini untuk menjalani kursus.

Lepas makan di McD, kami bertiga menanti bas. Dekat pukul 1400, bas akhirnya meninggalkan terminal one untuk ke kuala pilah. Nasib baik naj dapat naik bas yang sama dengan kami. Tapi iylia macam tak sabar je kami datang lambat. Marah ke? Pada masa yang sama, alyn cerita yang pemandu bas dia bercakap kurang sopan. Ada pula alyn nak minta cotton bud saya untuk disumbat ke mulut pemandu tu. Mana bisa neng alyn :p

Tepat pukul 1505, kami berempat sampai di depan KMNS. Welcome to KMNS! Sesampainya di sana, saya dapat tugasan basuh pinggan malam ini, nuar hidang makanan dan naj memasak. Terbaik la, tak payah saya nak tunjuk skill untuk memasak.

Masa fasi lain solat asar, saya dengan nuar layan air C2 kat kedai serbaneka (kami dah jamak taqdim la...). Memang layan la, kan C2 minuman kebanggaan warga KMNS sesi lepas. Terima kasih kepada kedai serbaneka sebab buka pada hari ini, kalau tak kempunan sebulan tak dapat air C2.

Yang jelas, aktiviti saya sebagai fasi akan bermula tak lama lagi. Tak sabarnya.

Wassalam.

Labels: ,

Welcome To Tanjung Malim!

9:47 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (1)

Assalamualaikum. Saya ada di Tanjung Malim. Esok dah kena bertolak ke KMNS dengan anuar. Nak jadi fasi yang baik kepada junior-junior, then kempen 'Masuklah JPP' kepada mereka. Haha, baik kan?

Kepada alyn, hati-hati di kampung nanti, kirim salam kepada keluarga di sana dan ucapkan happy birthday kepada nenek awak ye...

Ringkas tetapi padat kan? Sebab saya taip guna fon Sony Ericsson K610i saya ni, hehe

Wassalam.

Labels:

I Have New Life

4:05 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (1)

Hello, Assalamualaikum, hahaha.....saya minta maaf sebab dah lama tak sentuh blogspot ini. Maklum, saya dah jadi pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, bukan calang-calang orang dapat kolej ini, biasalah, orang-orang seperti saya ini sahaja yang dapat, hahaha. Yalah, sebab saya memohon, maka saya dapat, kalau tak memohon, maka tak dapat la....sengal!!!
Apa-apapun, kehidupan baru bermula di sana, itulah pengalaman saya di asrama untuk kali pertama. Minggu pertama, saya dengan orientasi yang super sengal, plus menyakitkan hati. Bayangkan, saya (saya sahaja, tidak termasuk yang lain) terpaksa bangun pukul 4.30 pagi semata-mata untuk mandi pagi, kemudian kami semua akan turun beratur di bawah asrama pukul 5 pagi untuk beratur, kemudian gerak ke surau yang hanya di depan asrama lelaki sahaja. Itupun nak beratur, sengal!!!
Kemudian, solat subuh, tazkirah dan sarapan. Dijadualkan pukul 7.30 mesti ada di dataran untuk beratur, tetapi cuba anda bayangkan (ayat diplomasi), pelajar lelaki mesti beratur untuk membeli makanan di kafe selama 30 minit untuk.....602 orang pelajar lelaki!!!Sempat ke? saya hampir termuntah apabila saya terpaksa berlari dari kafe lelaki ke dataran sejauh 500 meter, selepas saya sarapan seminit sebelumnya. Hahahaha, sengal plus kejam kan?
Lepas beratur di dataran, kemudian ikut jadual. Seminar, minum pagi, interaksi dalam LDK, zohor, makan tengah hari, LDK, asar, riadah, makan malam, maghrib, tazkirah, isyak, seminar, tidur. Semua habis sekitar pukul 11.30, dan esoknya pukul 5 mesti ada di bawah asrama. Itulah yang saya lalui selama minggu pertama, kurang masa rehat, masa makan terganggu, dapat kawan-kawan baru dengan suasana baru.
Masuk minggu kedua, bermulalah pengajian saya di kolej tersebut. Saya mengambil aliran sains fizikal, dan saya sebagai ketua praktikum*, memang agak sukar untuk menjadi seorang ketua di tempat dan suasana yang kita tak pernah lalui. Berbeza dengan ketua tingkatan, ketua praktikum mesti berani mengorbankan masa, kredit dan wang untuk selalu menghubungi pensyarah dan rakan-rakan sepraktikum. Memang satu pengorbanan juga kan? Hahahahaha, apa-apaun, best tau, dapat 10% markah koko.
Selain itu, saya juga menjadi AJK surau yang memang saya idamkan. Setiap subuh, saya akan datang sebelum azan, begitu juga dengan maghrib dan isyak. Kecuali zohor dan asar, sebab kelas saya mesti pada salah satu masa tersebut. Saya juga ramai mendapat kawan baru, dari Kedah sampai ke Kelantan, kemudian ke Johor. tentang rakan sebilik, saya dengan seorang rakan saya ini (I think he is PAS) dari KL, sementara itu dua orang lainnya dari Negeri Sembilan. Belum lagi, rakan-rakan saya sepraktikum. Untuk lelaki sahaja, ada dari Perak, Selangor, KL, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sebelum ini, ada dari Negeri Sembilan, tetapi dia telah berpindah ke IIUM.
Tentang perempuan? Jangan tanya saya seawal ini, sebab saya masih baru dua minggu. Sabar dahulu ya, kepada yang masih bertanya kepada saya, bagai mana perepmpuan-perempuan di sana.
Apa-apapun, saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada kawan-kawan dan kenalan saya yang mendapat matrik, seperti Athirah dan Yazmeen ke KMM(khabarnya, Meen nak jadi cikgu la), fikri dan Kyra ke KMNS, Fareez dan Khadijah ke KMK, Hilmi, Jamil dan Aisyah ke KMP, best tu jauh-jauh kan. Nasib baik aku dapat dekat je.
Dan juga kepada semua yang akan melanjutkan pengajian ke asasi di IIUM dan sama waktu dengannya, saya ucapkan selamat maju jaya dan khas kepada warga RO1991 yang mendapat asasi IIUM, semoga kita dapat berjumpa, sebab my deepest desire is I want to meet all or some of RO1991 residents. Semoga.....
Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.


Perutusan daripada ketua praktikum F1P2 KMNS 2009-2010,
Muhammad 'Ariff Putra bin Ansaruddin Agus


*: for your information, total of student who registered as One Year Programme is 1951 students, 602 of all is male students. KMNS has 98 practicums or practical classes.

Labels: ,

Testing, Testing....

5:55 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin / komen (1)

Hello, Assalamualaikum. Saya Aimin, selamat berkenalan. Atok ada beritahu kepada saya yang saya akan mengambil alhi sementara tugas atok di blog ini. Sebenarnya saya pun tak tahu apa-apa, yelah, saya baru sahaja habis persekolahan dan tiba-tiba saya kena menulis blog ini. Saya pun tak tahu apa tema blog ini, akan tetapi atok telah beritahu kepada saya, you can tell and tell everyone who read our blog with your different stories. So, I want to tell you all about me and myself.

Tetapi, bermula esok. Ok? Sebab saya nak fikir cerita apa yang menarik. Assalamualaikum, see ya!!!

Labels: