Assalamualaikum.
Weekend yang bosan malas. Bukan sebab tak tahu nak buat apa, namun sebab tahu nak buat apa tapi malas nak buat. Kalau buat pun, rasa malas nak selesaikan. Tak payah cakap, kesimpulannya takkan settle lagi kerja ni.
Ada sesiapa nampak buku-buku saya? |
Esok ada kelas tambahan. Err...actually kelas ganti. Pukul 2-5 petang, and can't imagine how we survive from 10 am till 2 pm and then continue with another replacement class. 7 jam, duduk menghadap slide, dan tak ada lunch. Okay, otak makin tepu nampaknya.
Semalam ialah hari bertuah bagi saya, selepas down selama seminggu oleh angkara Manchester Shitty. First, bola baling KKM menang. Second, Manchester United menang. Third, Negeri Sembilan menang. Tak sia-sia nampaknya saya menjerit di tepi padang dan akhirnya kami menang. Okay siapa cakap saya yang main bola baling, tahun ni saya tak main sebab tak nak masuk.
Okay la, nak sambung tengok Kamen Rider 555. Rabu ni saya ada exam Jerman, Jumaat pula ada exam Mekanik Bahan. Doakan saya dapat jawab dengan baik. Amin.
Wassalam.
p/s: otak dah tak makin betul, tiap nak panggil nama perempuan je mesti silap panggil.
Labels: merepek, suka suki
0 komen:
Post a Comment