Assalamualaikum. Maaf lambat mengupdate entry baru, bukan sebab busy namun tiada mood. I am sorry (ehem, aku bukannya Amir la). Okay Jumaat petang lepas, saya bosan tak tahu nak buat apa, lagipun mata masih mengantuk. So saya cuba melelapkan mata seketika sembari menantikan azan Maghrib. Dalam lelap saya termimpi melihat seseorang tersenyum kepada saya. Saya kenal dia, namun di manakah kami pernah bersua? Saya cuba tersenyum namun tak berani. Adakah dia...? Oh tidak.
Esoknya, saya dengan papa ke TV Al-Hijrah pukul 9.30 pagi, kerana papa jadi tetamu jemputan pagi itu. Di sana, saya memerhati di sebalik tabir, segala aktiviti krew TV Al-Hijrah dan kerja-kerja mereka. Papa berkata kepada saya yang turn beliau pada pukul 10.15 pagi. Ada 10 minit lagi. Dalam rawak mata saya memandang, saya terpandang seseorang yang sedang mewawancarai tetamu jemputan. Eh, macam kukenal! Dialah orangnya yang saya jumpa di mimpi semalam! Saya cuba untuk menegurnya namun rasa segan, walau lidah ini kelu untuk berkata-kata .
Saya cuba untuk mendekati dia, dengan harapan dia mahu dengan saya. Entah kenapa saya rasa segan, atau malu apabila menatap matanya. Namun apabila dia hendak bersiap sedia untuk pergi, saya beranikan diri untuk berjumpa dengan dia. Dan dia menerima pelawaan saya untuk bersama dengannya. Rupanya dialah yang ada di mimpi saya petang semalam. Hati ini gembira tak terkata, walaupun saya sedar perbezaan umur dan darjat menjadi penghalang kami berdua, namun ianya takkan mematahkan semangat saya.
thanks awak ye :) |
Saya bukanlah perampas kekasih orang, namun kalau jodoh takkan kemana. Walaupun Amir ML beria-ia nakkan dia, kalau Allah boleh mempertemukan ikan di laut asam di darat dan berjumpa di periuk belanga, bagaimana pula dengan anak cucu Adam dan Hawa di muka bumi ini? Ya kan? Ataupun saya bukannya Nabil ML, walaupun saya minat Bang Bil namun jauh di lubuk hati saya, saya masih teruna! (tetiba je)
![]() |
Err...kenapa nama saya tiba-tiba ada ni? I'm sorry |


Okay la, saya nak sambung kerja pula, esok lusa saya kena bersemangat sebab minggu persekolahan telah bermula. Chaiyok chaiyok! Wassalamualaikum.
p/s: entry ini adalah 50% benar dan 50% rekaan semata, namun gambar itu 100% real ye, hihi. lepas ni jangan la ada yang nak interview saya mengenai 'hubungan' kami berdua
8 komen:
aq nak gak jumpa artis...nti ajak la aq sekali...
heyy...berperasaan hehehe
rasa senang hati tengok Irma dah pakai tudung,semoga dia terus istiqamah..:)
die cnteq dgn tudUng die!! heheh... so lucky dpt jmpe die... (~_^)T
Amri Dellan: okay je, nanti time TG2KM aku nak jemput dia ni, tapi kena arrange program bersesuaian la juga kan
Nazihah@Jiha: la okay apa berperasan, hihi. itulah, dengar penjelasan dia bertudung semasa umrah masa di TV Al-Hijrah membuat saya makin suka :)
nasiputehsupayam: hehehe, dia pun memang cantik, semoga dengan penghijrahan ini dia dapat berjumpa dengan Mr. Lucky Man, amin :) ehem ehem
who's da lucky man kn???hahah... :)
nasiputehsupayam: ehem ehem :) hahaha :D
akak boleh imagine berapa tinggi dia kalau ko lagi tinggi dr dia..
sLp mE pLz: err, tak faham la, akak cakap apa ni. wuwuwuwu~
Post a Comment