Assalamualaikum, selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua yang sedang berpuasa. Urm, minggu ni adalah minggu yang sangat sangat sibuk, busy, letih, exhausted, tired (but not retired again). Sebab apa, satu perkara sahaja yang mengubah hari-hari saya begitu meletihkan.....
Ya, sebab Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN. Ceh, ingatkan apa tadi. Kenapa boleh letih ye? Khamis lepas, saya kena bangun awal, sebab pukul 8 pagi ada kelas ganti. Tup tap datang awal, sekali baru dapat tahu yang kelas pukul 8 dan makmal pukul 11 dah cancel. Sabar jelah. Tunggu pukul 9 pagi sebab ada kuliah math. Pukul 9.10, dapat mesej daripada pensyarah yang disampaikan oleh ketua kuliah, KELAS BATAL!!! Yeah, sukanya saya :D, so saya boleh la urus borang PTPTN yang tak settle lagi. Pergi ke Pusanika, nak minta cop saksi pelajar dan penjamin, sekali baru sedar yang papa mama tak sign lagi untuk borang PTPTN saya. Untuk pengetahuan, papa dah tolong printkan untuk saya 1 set, saya pergi sign terus dan terlupa fotostat. Sekali, kena ada 2 set, so saya pergi print lagi. Tengok-tengok, dakwat dah nak habis, tapi redah ajelah. So, borang yang dakwat blur itulah yang saya kena bawa balik rumah pada pagi khamis, minta sign papa mama plus minta cop saksi.
Pukul 11.45 sampai rumah, sekali pintu berkunci, tunggu dekat 30 min di luar rumah, baru dapat masuk. Nasib baik papa tak pergi kerja lagi, so saya boleh minta sign dahulu, then ke sekolah lama saya untuk minta cop. Tapi entah kenapa, game football manager 2008 membuat saya leka, sampai pukul 3 petang baru saya ke sekolah. Sampai Alyn pun naik sabar je dengan perangai saya (sorry my dear >.<").
Sampai di sekolah, kerani nak bagi cop, sekali dia tanya, 'bawa tak yang original?' Ceh, kena patah balik lagi ke rumah. Pengetua pulak busy dengan kerja dia. dengan muka letih, berjalan di bawah sinaran suria, pukul 4.30 Alhamdulillah dapat cop juga. Tapi saya dah pasti yang kelas TITAS pukul 5 tak dapat hadir, so saya ponteng kelas dan kuis la.
Saya nak balik lepas terawih, tapi papa cakap nak hantar saya sampai stesen BTS. Tunggu sampai pukul 10.30, baru papa nak hantar. Risau juga kalau bus adah habis, atau teksi cekik duit saya, so sy minta Fareez ambil saya di stesen UKM pukul 11.10. Dengan muka tak bermaya, saya tidur pukul 12 tengah malam.
Jumaat, saya dah plan ponteng kelas untuk hantar borang PTPTN ini. Pukul 8 dah ramai orang, kami 'dipaksa' beratur oleh pegawai di luar auditorium. Yang bestnya, pukul 11 pagi kami semua dah disuruh datang esok pagi sebab mereka nak tutup pukul 4 petang. Hah!!! Gila ke, awalnya nak halau kami dengan alasan nak berbuka puasa. Sabar jela, tapi saya dan Fareez ada idea lain-pergi ke KL Sentral, hantar di sana lepas solat Jumaat. Sekali, orang PTPTN cakap, kami kena hantar di UKM juga. Dengan kata lain, kami berdua yang dah balik rumah selepas dihalau di UKM, kena balik semula pukul 10 malam, untuk bersemangat hantar seawal pagi.
Rezeki saya mungkin lebih bernasib baik hari ini, dengan beratur seawal pukul 7 pagi dengan menyaksikan lebih 100 orang pemohon telah datang lebih awal daripada saya. Saya yang begitu antusias nak hantar borang, sekali disuruh print semula pukul 11.30 pagi sebab dakwat blur. Oh no, saya kena balik rumah, fotostat IC saya dan papa mama, sijil SPM dan matrikulasi, print semula dekat 2 set, banyak la. Means, saya kena mula dari awal :'(. Nasib baik puan yang suruh saya tu berikan saya pas kebenaran masuk sebelum saya balik, so saya tak payah beratur semula dekat 3-6 jam.
Pukul 2 petang, saya sampai di Pusanika dengan papa (thanks a lot my papa, i love you :D). Saya bergegas ke auditorium, jumpa Fareez dengan muka bersahaja menantikan dengan Amir Ikhwan. Sekali, pengumuman yang sadis seperti hari sebelumnya saya dengar lagi (faham-faham jela, tak sanggup saya nak tulis lagi). Nasiblah saya ada pas kebenaran, so saya boleh masuk walau kawan-kawan saya yang lain dah dihalau.
Sampai je di dalam, ada lagi kesilapan-borang pengesahan pendapatan yang sepatutnya ditandatangani adik dan mama, ternyata papa dah tukar tempat dengan adik saya. So, plan B saya yang saya taknak gunakan sebelum ini-tiru tandatangan mama dan adik! Lepas dapat cop pengesahan, tup tap tup tap, PTPTN telah berjaya mengsubmit (apa tu???) dokumen dan maklumat saya. Yes, Alhamdulillah :D. Boleh la Sony Ericsson Cybershot dengan Nokia dah hancur tu menanti saya nanti :).
Kepada kawan-kawan saya yang masih menanti pengesahan PTPTN ini, saya berasa sipati dengan nasib anda semua, tetapi ingatlah, setidaknya anda dapat merasakan satu ujian maha dahsyat di bulan yang menuntut kita dalam bersabar. Okay? tak nak la banyak membebel, nanti makin pening saya nanti, hehe. Okay semua, wassalam.
101: Selang Tiga Dekad dan 6 Bulan Kehidupan
3 years ago
0 komen:
Post a Comment