Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Jalan-Jalan Cari Makan, Cari Ilmu, Cari Angin, Cari Jodoh.....

7:31 PM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Huargghh, Assalamualaikum, letihnya la minggu lepas sebab apa, tidur hanya 21 jam dalam seminggu. Cuba kita bayangkan, mata akan seperti panda, selera makan tak menentu, fikiran serabuit, ini semua pasal MST la. Alahai, kenapa MST ni datang lepas tahun baru 2010.......kacau daun la, huhuhu.
Tidak mengapa, sebab MST dah habis, masalahnya dah menjadi satu kebiasaan pulak untuk tidur lambat bangun awal tak tidur petang, so bayangkan mataku menjadi mata panda............(dengan muka kesian..). Apa-apapun yang bestnya, jumaat petang adalah hari bersejarah di mana kami bertolak ke utara. Hahahahaha......(gelak shin chan)
Rencananya pukul 5pm, tapi entah mengapa, janji melayu kot, so kami bertolak pukul 6.15pm ke KMPP. Macam biasa, dengan bas kolej yang selalu berhenti tak sampai 2 jam, so kami sampai di KMPP pukul 3.15am. Best tu, dengan tidur malam di atas bas, ditambah dengan serangan jet nyamuk, maka kami(yang lelaki jew...) tak dapat lena tidur. Paginya kami bersarapan dan terus bertolak ke USM. USM lak, dahlah panas terik, lepas tu jalan kaki mengelilingi USM hampir 4 jam, dengar lak ceramah tentang USM, haish......makin takde mood la aku ni. Tapi tabik la dengan abang fasi tu, dia sendirian tanpa teman tapi tetap sabar melayan kerenah kami sebagai kanak-kanak, hahaha.
Dari USM kami bertolak ke KMPk dan sampai pada pukul 07.55pm. Kami disambut dengan JPP KMPk dan menjemput kami makan di kafe baru mereka (kononnya, kafe tu belum lagi dirasmikan dan kami orang pertama yang makan di sana). Lepas tu check-in, mandi, solat jamak, malamnya aktiviti suai kenal dengan JPP KMPk. Esok pagi kami 'dipaksa' ke cameron highlands, walhal kami semua tak nak sebab nak beramah mesra dengan JPP KMPk (lagipun meraka lawa-lawa la...). Sampai di CH, makan-makan, beli-belah, sejuk gila nak mampus sampai pukul 2pm, terus aktiviti menghantar pelajar sesuai destinasi yang dilalui.
Habis dah, hahaha. Apa-apapun terima kasih kepada JPP KMPk yang menyambut kami dengan sebegitu meriah. InsyaAllah kalau mereka datang, JPP KMNS akan buat lagi meriah la

Labels: