Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

HP Masuk Air, HP Masuk Air, HP Masuk Air.....

12:35 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, sekarang dah masuk bulan Oktober, bukan Octupus jiran sebelah rumah anak Selamat (oops, bangkit lagi ke nama tu). Saya minta maaf la kalau dah lama tak sentuh blog saya sendiri, bukan apa, saya juga selalu ke CC, namun bukan nak update blog, just only with facebook and myspace (plus wikipedia and football manager). So sekarang ni mood untuk update blog dah kembali, kita sambung cerita baru, hahaha (gelak sinchan).
Bulan lepas (Sep), saya sibuk dengan satu aktiviti mulia yang insyaAllah membawa saya ke syurga, iaitu puasa. Biasalah, puasa tahun ini memang istimewa sebab dapat merasakan bagaimana berjauhan dengan famili semasa berbuka, ditemani dengan perantau lain (ceyh, ayat touching ni...), namun ukhuwah makin terikat dengan kuat, especially dengan ahli JPP lain. Masalahnya, kenapa pengeluaran duit (kredit) masih sama banyak dengan sebelum puasa? Entahlah, hal itu memang memusykilkan saya, mungkin sebab saya beli roti john dua, nasi goreng dengan mee goreng, tambah air bancau (bandung cincau) dan air jagung atau oren.
Tak ada yang menarik la seingat saya, kecuali berbuka bersama JPP lain di bilik JPP (dan selepas itu, bermulalah bilik itu menjadi dorm kami). Selain saya, Munir, Anuar, Ilyia, AJ (kami yang selalu mengimarahkan bilik ni masa berbuka), Asri, Azwan, dan sebagainya. Yang perempuan tu, Hanis, Rafi, Oda dengan Ady. Itu je, memang best and terbaik la (ayat Fendi).
Lepas raya, bermulalah sindrom PSPM (FYI, kami ada final exam 2 minggu lepas raya, sama derita seperti SPM kami dahulu) yang mana mengehadkan kami untuk bermain-main. Namun yang paling best, masa minggu ulangkaji, saya dengan Munir sempat lepak dan main game kat CC selama seminggu tu. Tapi saya ada juga studi sikit, berbanding Mun yang selalu lepak dan bergayut dengan hp baru dia untuk main game.
Masa minggu ulangkaji, hari Selasa, saya ambil ujian speaking MUET, dan memang terbaik la. Saya ambil pukul 11 am, calon D, soalannya:

Kerajaan mengehadkan penggunaan air di negara kita. Di manakah tempat sepatutnya untuk mengehadkan penggunaan air?
A. Rumah
B. Sekolah
C. Tempat Awam
D. Restoran

dan saya lancar, tak ada gagap untuk tugasan A, tetapi yang menjadi kemuncak waktu tugasan B. Semua mempertahankan pendapat masing-masing, sampai calon C setuju dengan calon B. Kemudian calon A setuju dengan calon B. Sebagai konklusinya, saya membuat kesimpulan. Sebab waktu habis, dan saya tak atahu apa yang mereka persetujui, so saya cakap

Okay, we can conclude that, the place that we can save water most is......in restaurant

Dan semua calon pandang saya.

Labels: , ,