Mari Berkenalan

My photo
Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia
An Arab-Malay from dad and Chinese-Indonesian from mom. Proudly to be born in Malaysia and proudly to have descended from Indonesia. Speak in Malay but write in English fluently. ex-11th Elementary School, Bukittinggi; ex-4th Junior High School, Bukittinggi; ex-1st Madrasah Aliyah, Bukittinggi; ex-South Lake City High School, Kuala Lumpur; ex-Negeri Sembilan Matriculation College; Civil and Structural Engineering, National University of Malaysia student and University of Indonesia student. Golf, Futsal, Badminton, Chess, Handball. Manchester United FC, Negeri Sembilan FA, Semen Padang FC, Germany football national team, Malaysia national football team. Facebooking, Twitting, Blogging, Karaoke.

Rakan-Rakan Pengikutku

Jalan-Jalan Ke Utara

1:01 AM / Ilham terbitan: 'Ariff Ansaruddin /

Assalamualaikum, dah masuk bulan Ogos la ni, maknanya bulan kemerdekaan, hahaha (x lawak la...). Apa-apapun, saya balik bercuti lebih awal daripada biasa, Isnin dah ada di KMNS sebab saya dan JPP lain akan bertolak ke Kuala Nerang, Kedah untuk berkursus. Masalahnya, sebab misunderstanding, ada yang kata, bertolak hari Selasa pagi atau malam, so boleh sampai Rabu di sana. Padahal saya tahu dan pasti yang bertolak pada pagi hari Rabu. Apa-apapun, memang best la, di kolej semasa PST cuti, so melihat PDT ke kuliah seperti kami yang ponteng. Yang menyedihkan, kenapa kafe tutup awal dan hanya satu je yang buka?
Kemuncaknya, kami bertolak ke Kedah pada pukul 8.40am, plan bertolak pukul 8am, tapi ada kes la yang dapat dirahsiakan, so kami sampai di Kuala Nerang pukul 7pm. Nak tahu tak kenapa sampai lambat? First, kami berhenti di R&R Seremban, Jejantas Sg. Buloh, Behrang, Tapah dan satu ni saya lupa di Kedah. Makan banyak masa kan? Second, bas tu lembab bin lambat. Third, kami semua buta perangai syaitan, maksudnya, kami lebih syaitan daripada biasa.
Di sana, saya, Husairi, Asri dan Anuar sebilik dengan JPP KMJ yang lebih syaitan daripada JPP KMNS. Sabar jelah, namun malam kedua, saya dan Anuar pindah ke bilik JPP KMNS yang lain, dan bermulalah kes pecah perut di sana, sampai last night. Hahahahahaha......
Yang paling best, ayat kami semua tentang Asri. Untuk pengetahuan anda, dia adalah anak jati Kedah, so kepulangan dia pada masa itu sepatutnya amat bermakna tetapi menjadi musibah bagi dirinya. Mula-mula, demam setiba di kem, kemudian, hp masuk air, lepas tu banyak la. Tapi kasihan juga kepada dia.
Yang paling terkilan, kami terpaksa balik awal, sebab kes H1N1 telah sampai di kem PLKN terdekat. So, jadual kami yang pada mulanya pukul 3 petang untuk bertolak menjadi pukul 12 tengah hari. Apa lagi, singgah sat di Pekan Rabu, Alor Setar. Malangnya, hujan la pulak, tapi takpe, shopping la Husairi ni. Best la tu.....
Singkat cerita, kami sampai pukul 12.30 tengah malam di KMNS dengan keadaan mengantuk. Saat kami semua menginjak KMNS, kami baru terasa beratnya beg yang kami bawa, lebih berat lagi tanggungjawab kami sebagai pelajar KMNS sekali gus ahli JPP KMNS. Tetapi kami tidak sesekali mengendahkan tanggungjawab-tanggungjawab kami. Kesimpulannya, best tau cuti beramai-ramai ni. Assalamualaikum, see ya!!!

Labels: ,